Sunday, July 1, 2012

Visiting our home to be...

Assalamualaikum..

*Nota kepala: gambar dan hiasan dalaman di dalam gambar adalah contoh hiasan di rumah contoh. Bukan hiasan di rumah aku ye. Sekian.

Rumah contoh dah dibuka. Sebelum ni asik dok tengok gambar model rumah je sekarang dapat tengok depan-depan.


Ok, lot corner ni bukan rumah aku. Masa nak beli tanya gak harga rumah lot corner ni and nilainya sangatlah oh! Tak terkata dan senang cerita setiap bulan makan pasir lah anak beranak sebab duit habis bayar rumah. Itu harga bumiputra. Kalau bukan bumi punya harga mesti setengah juta. Huhu..


Kami ambil rumah bahagian tengah. Inilah pandangan hadapan rumahnya. Alhamdulillah.. Benda pertama yang aku nak tengok mestilah tempat parking keretanya. 3 kereta boleh masuk. Kalau nak 4 kereta kena pandai adjust. Ah, gaya cakap macam aku ada banyak kereta je.


Ni pula cadangan hiasan di ruang tamu. So far not bad. Cuma aku rasa kalau nak buat design sejibik macam tu gigit jarilah. Mestilah nak duit melayang-layang.


Ini gambar di master bedroom. Takdenya aku nak hias macam ni. Haruslah duit melayang-layang lagi. 

Ini bilik kedua. Sangat awesome. Design ni buat kami dapat idea macam mana nak jimatkan ruang supaya bilik tak nampak sangat penuh dengan barang-barang. Can u spot makhluk kecil atas katil tu? Baik, mamanya tak kuat nak dukung dah. So letak atas katil walaupun ada notis tulis don't touch, don't sit

Ini bilik ketiga. Nampak simple and tak makan ruang. Harap kami boleh design bilik kami macam ni juga. Oh ye, Danish telah meninggalkan kesan muntah di atas katil tu. Bilik ke-4 tak de gambar dan bilik tu besar juga. Boleh letak katil double juga.


Yang ini pula ruang rehat tingkat atas. Untuk rehat sesi keluarga. Cantik tak?

Tahun depan insyaAllah kami boleh duduk sebab peguam pemaju cakap syarikat ni x pernah lewat dari perjanjian. Setahun setengah dah siap. Tak sabar nak dapat kunci and duduk di rumah sendiri. Bukan apa, duduk menyewa habis duit bagi tuan rumah. Baik habis duit untuk rumah sendiri. Betul tak?

Till then, tata...

9 comments:

Mr Swat said...

nice :PPP teruja tgk rumah nih... tapi mahal nihhh :P

SYANI said...

RUmah kat area mana ni Lia?? Cantiknya...

eJAI said...

salam,cantik sangat rumah ni. Boleh tahu di mana tempatnya dan jika tidak keberatan, bole tahu harganya tak?

Lia3003 said...

Mr Swat : awak teruja, saya lagi teruja.. hehe

Syani: ni dekat Bandar Tiram Johor

eJai: Harga bumi rm2++k..

Aujinz said...

cantik rumah cikgu Lia.. kat sini mimpi laa nak dapat rumah macam tue RM2++K.. rumah saya beli pon dah nak jejak 200K.. kih kih kih

Lia3003 said...

Ala aujinz, ni sebab dapat lot bumi.. kalau lambat mesti dapat lot antarabangsa yang harga sebenar rm3++k

jamilah sanny said...

sy pun li eureka 1..x sabar nk msuk..ngajar kat mana

Lia3003 said...

saya ngajar kat sekolah dekat dengan HSI tu,.. hehehe

M.r.B.zaCk said...

jom join group di FB...
KOmuniti Bandar Tiram..

https://www.facebook.com/groups/1405966386322620/