Sunday, July 29, 2012

Turned to 4 month old

Assalamualaikum...

Hari ini genap 4 bulan usia Danish dan beratnya makin naik kepada 6.45kg. Besarnya anak mama. Kalau pergi jalan asik mama je kena dukung. Papa tengok je huhu... Tapi takpe, kalau Mama dukung selalu muscle mama makin naik. Papa mana ada muscle. Keh keh!! Lepas ni tak payah dah dukung Danish sebab dah ada stroller. Terima kasih pada Uncle Jejai (Pak Long) sebab sponsor stroller Danish.

Si kecik yang dah besar

Genap 4 bulan usia Danish macam2 ragam dia dah pandai buat. Sekarang ni kalau nak tidur dia keluarkan suara macam nak menangis. Macam meneran lah gitu. Bila dia dah pandai buat sekali, the next next next time dia akan buat lagi. Kadang2 saja je aku biarkan je dia dengan suaranya sebab suka dengar dia buat macam tu.

Keinginan Danish nak bermain pun makin kuat. Sekarang ni baring dah x nak. Nak duduk macam orang dah pandai duduk. Kalau berdiri amboiii, kaki macam dah keras je. Bila dapat berdiri tersengih2 buat muka bangga. Aiyoo, awak tu masih baby lagi tau. Kaki tak kuat lagi.

Nilah, bila dapat diri je tersenyum2. Penat juga nak pegang selalu

Aku pulak suka paksa dia tidur. Bagi aku lepas susu je mesti kena tidur. Kira kena paksa Danish tidur lah tapi si kecik tu bukannya nak tidur. Golek2 dalam buai sambil jerit2. Hm, bila angkat je keluar dari buai senyum bukan main lebar. Suka ye ko nak!

And aku juga sedang mengajar Danish supaya tak pakai mittens. Tapi bila tak pakai, calar balar muka dia. Bukan je muka dia cakar, kepala pun calar balar sekali. Sampai pengasuh pesan 'esok bawa sarung tangan ye'..

Ni luka dalam sikit and pengasuh letak ubat kuning. Actually aku dah sedar luka ni tapi wat dono je, Hehe

Masalahnya pula bila pakai sarung tangan, benda tu akan basah sebab si Danish ni kuat hisap jari or tangan. Kadang2 satu penumbuk tu masuk dalam mulut. Kalau ibu jari je masuk mesti dia nak muntah sebab jolok sampai anak tekak. Aku selalu cakap dengan Danish 'Ha... masuk dalam lagi nak, masuk lah...'.

Kalau boleh, dua2 tangan nak masuk mulut
 By the way, tengok perkembangan dia dari sehari ke sehari sangat seronok. Sekarang dia mudah senyum. Dengan siapa2 je dia senyum and ada yang cakap Danish ni peramah. Yelah, dengan semua orang ajak senyum and ajak berbual.

Buat masa ni, i don't think that Danish takut dengan orang sebab dia boleh pergi dengan siapa2 je. Harap kekal sampai besar sebab senang sikit kalau aku nak buat kerja. Bagi je kat orang and mainlah puas2 sampai penat.

Bergurau dengan Pak Uda
Muka yang tak tahu penat bila main/gurau


Till then, tata...

No comments: