Thursday, July 26, 2012

In Comparison

Assalamualaikum..

Selamat berpuasa kawan-kawan. Hari ni hari ke-6 puasa dan aku juga telah 6 hari berpuasa. Alhamdulillah. First day je rasa lemah sikit kemudian hari2 berikutnya dah ok.

La ni semangat nak menulis kat blog sangat tinggi tapi sebab takde istiqamah maka tak terupdate juga blog. Tulah, kalau nak istiqamah mestilah berterusan ye tak?

Sekarang Danish Aathif dah besar. Mama tak kuat nak dokong dan sebab dia dah besarlah Mama jarang nak jenjalan sebab tak kuat nak dokong. Hari ni dia kena inject untuk 3 bulan walaupun dah nak masuk 4 bulan. Sebabnya masa nak inject bulan ke-3 tu dia baru baik demam. Jadi nurse cadangkan postpone dulu takut ada side effect. Danish kuat and jangan demam ya untuk hari ini. Nervous Mama nak tengok Danish kena inject.

Bila Danish dah besar aku rindu zaman dia masa baru lahir. Tengok perubahan dia dari satu perubahan ke satu perubahan yang lain. Serius rindu...

Aku rindu cara dia bersin masa baru lahir dulu..like 'acccuuum, acccummmm, aaaaaa...'. Sekarang kalau dia bersin tak jadi mesti suara dia macam menjerit macam 'accuuumm... ahhhh!!'. Selalu aku gelakkan dia bila bersin tak jadi.

Aku juga rindu cara dia panggil orang kalau dia bangun tidur takde sape layan like 'aii! aii! aii!' Bukan nangis pun tapi keluar suara macam tu. Sekarang kalau dia bangun tidur kalau mood ok dia diam je kat tempat tidur tu. Tengok makpaaknya keluar masuk. Kalau mood x ok, memang terus menangis. Oh anak! But Danish jarang menangis sejak lahir.

Yang paling ketara bila aku mandikan. Dulu kalau mandikan sebelah tangan aku ni boleh tutup dedua telinga dia. Sekarang kompomlah tak boleh kan. Kemudian, kalau nak siram badan dengan air kat belakang dah pandai nak telentang balik. Benda ni kalau jadi memang gelabah sebab uncontrol and dia dapat pusingkan badan dengan jayanya.

Bila dah ada anak ni rasa sayang kat anak bukan main. Tak terluah. Bila tengok dia, sayangnya Ya Allah. Macam tulah mak kita sayang kita dulu kan? Naluri keibuan jadi makin tinggi. Kalau dulu baca kes bayi kena dera sampai patah kaki tangan tak pun koma , kena buang kat tempat sampah then kena seret dengan anjing dll aku baca biasa je. Kesian memang kesian tapi rasa biasa je lah. But now, bila aku baca je kisah2 macam tu mesti menangis tak pun berair air mata. Bukan kememey hokey tapi siyes memang sedih. Macam mana manusia sanggup buat macam tu dekat bayi yang tak tahu apa2, yang comel yang hmmm entahlah. Sedih. Ok stop!

Tak mo tulis yang sedih2 pulak and kat bawah ni nak share sikit perkembangan Danish dari lahir sampai sekang.
Danish and baby rocker.. sekarang dah penuh

Muka masih bulat lagi, cuma rambut je makin halus (gugur)

18 hari masa baru habis kuning, 3 bulan dah bersih dari kuning. Aku suka mata Danish

Perubahan kat Mama Danish pulak? Baaanyak! Yang paling scary adalah rambut gugur yang bukan calang2 gugur. Dahsyat. Orang kata kalau baby dah pandai main air liur tu rambutnya maknya akan start gugur. Danish bukan jenis yang air liur meleleh tu tapi air liur dia just kat mulut je. Sampai muncung2 mulut kalau ada air liur. Huhu...

Till then, tata...

No comments: