Tuesday, June 12, 2012

Sambut Menantu..

Dan seperti biasa.. (tetiba) aku akan update benda yang dah lepas. Maklong lah tengah bercuti lagi. Lepas habis cuti entah sempat entah tidak nak update blog.

20 May 2012

Majlis sambut menantu di Tenggaroh 6. Ini sambungan daripada majlis sepupu aku, Wahidah. Mula2 x nak pergi sebab aku fikir bawa Danish. Takut Danish x selesa pula ramai2 orang then panas. Lastly, pergi juga sebab suami aku kesian tengok aku bosan di rumah tak pergi mana2. Maka, siap sepantas kilat terus berangkat.


Fashion consultant aku masa nak berangkat ke sana adalah adik aku merangkap Maid di mana akan menjaga Danish bila aku kepenatan. Sebelum mulakan perjalanan aku mesti pastikan Danish cukup susu dan tidur dahulu. Senang dalam kereta nanti dia tak meragam. Alhamdulillah. Dia memang tidur dan terus tidur.



Bersama pengantin Aunty U'ul dengan Uncle Ijam

And as usual Danish akan tidur sepanjang berada di majlis tersebut seperti di sini. Bangun sekekap je untuk main kemudian bila bosan dia minta susu dan sambung tidur.


Cuaca masa majlis berlangsung memang panas. Kalau aku mesti dah tak tahan but Danish steady je tidur. Tq Danish sebab senangkan Mama. Danish langsung x menangis even kat bawah khemah tu dia dah berpeluh2 bagai.



Ini gambar pengantin. Tak dapat nak bergambar sebab dah balik ke rumah penanggah.

After the wedding reception kami pergi ke Tanjung Leman pula. Dulu tempat ni tempat mandi kami sekeluarga sebab dekat dengan rumah. La ni nak pergi pun susah sebab dah jauh. Kami sekeluarga pun dah moved out from Tenggaroh tu.


Budak2 ni ajak aku bergambar. Gila apa nak ajak aku gambar lompat2. Aku dah beranak oii! Suami gonna pengsan kalau tengok bini dia lompat2 macam ni. Zaman lompat2 dah berakhir. Bagi chance yang masih bujang.





Danish mana??
 

Sedang tidur (^_^")

Till then, tata...

No comments: