Saturday, June 9, 2012

Aqiqah Danish Aathif

Last 1st June buat kenduri Aqiqah untuk Danish di Kelantan. Buat seekor kambing dulu dan seekor kambing lagi buat di Johor. Nampak lebih adil bila buat di kedua-dua tempat. Tapi kalau anak perempuan lepas ni seekor kambing je. Nak buat kat mana ek?? Ok, tu perkara terpencil. Lets not talk about it. =)

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Ustaz yang handle ni sangat bagus. Baca ayat2 al-quran kemudian sebut nama Danish dan juga diikuti ayat2 al-quran yang lain. Pendek kata, walaupun kecil-kecilan tapi aku sangat berpuashati dengan perjalanan majlis ni.





Ustaz menjalankan upacara potong jambul. Even rambut Danish nipis dapat juga potong. Dekat atas memang rambut baru nak tumbuh, kat belakang tebal sikit.

Dapatlah Ustaz potong rambut Danish. Hehe..


Lepas tu Papanya pula. Semangat Papanya nak potong rambut Danish. Actually, aku nak je cukur rambut Danish biar botak terus tapi sebab nipis dan halus sangat rambut dia tu yang takut nak cukur. Takut tercukur kulit pulak. Kalau anak orang lain lahir je rambut dah lebat tu yang senang nak cukur. Walau bagaimanapun, majlis dah berakhir. Tinggal yang di Johor pula. Rancangnya masa Hari Raya nanti. InsyaAllah kalau tiada halangan.

Esoknya pula pergi kenduri kawin kawan suami aku di Tumpat. Gambar di bawah ni nampak Danish separuh je.


Buat penat je aku letak dia atas tilam tapi begini jadinya. Tak senonoh laki aku. Dia cakap nampak pengantin je masa tu. Oh!

Till then, tata...

No comments: