Tuesday, May 29, 2012

Turned to two months old

Hari ini genap 2 bulan Danish lihat dunia. Rasa macam dah lama lahirkan Danish rupanya baru 2 bulan. Rasa lama sebab Danish makin sihat dan semangat. Last 23th May Danish was 4.558 kg. Dah besar anak Mama.



Sekarang Danish dah pandai nak main dengan orang sekeliling. Siapa yang pandai berbual dengan Danish, Danish akan layan sampai bosan. Selalu adik aku yang pandai layan dia. Danish pun dah pandai nak senyum-senyum. Bangun tidur pun boleh senyum2 lagi.

Bila mandi pun x nangis dah. Dulu masa genap sebulan tu je dia nangis sekuat hati masa mandi. Takut juga berpanjangan benda ni. Tapi 5 hari je dia jerit2 macam tu lepas tu back to normal semula. Bila lambat masukkan dalam besen mesti merengek-rengek suruh cepat masukkan. Bila dah masuk senyap je.

Benda yang paling utama yang x berubah lagi adalah waktu minum susu dia waktu malam. Bila dia haus, just bunyi hek hek hek je. Means dah lapar sangatlah tu. Ada sekali tu sampai dia menjerit nak susu. Aku rasa dia dah hok hek lama sangat aku x sedar. Sekali dia jerit, terperanjat aku terus cepat2 susukan.

Dan yang paling aku gembira, Danish masih lagi menyusu badan. Susu yang aku perah makin ada peningkatan, Now buat manually using marmet je dulu sebab lagi senang. Sekali perah dapatlah banyak terus x macam awal2 mula perah dulu. Sejam pun masih sikit. Terima kasih Allah kerana memberi aku peluang untuk menyusukan anak aku. Aku harap dapat susukan dia di masa-masa akan datang. Aku risau sebab tak lama lagi akan mulakan kerja. Kena pandai curi masa untuk perah.

~Stok susu di rumah ibu kat Kota Tinggi sehingga 24 Mei~

Lastly, terima kasih Allah kerana memberi aku dan suami zuriat yang amat menyenangkan, yang senang diurus, tidak banyak meragam. Kekalkanlah keistimewaan ini. Amin..

Till then, tata...

2 comments:

Mr Swat said...

uishhh tahniah .... lama x nmpk ... huhuhuh.... comel baby :P

Lia3003 said...

tq mt swat