Tuesday, May 22, 2012

Susu Ibu


Dimulakan dengan gambar di atas. Susu ni adalah hasil dari power pumping yang aku buat selama sejam. Penat dan sakit. Hasil ni dari dua-dua belah. Niat aku semasa mengandung adalah untuk menyusukan anak dengan susu badan. And buat masa sekarang memang Danish hisap susu badan.

Masalah yang aku hadapi sekarang ni adalah bila aku pam untuk buat stok hasilnya amat sedikit. Kalau nak dapat 4oz tu perlu pam kedua-dua belah baru dapat macam tu. Selalu juga aku tengok facebook 'Kumpulan Ibu2 Menyusukan' (KIM) where all mummies proud of their breast milk. Sekali pam untuk sebelah sahaja, ya SEBELAH SAHAJA mereka boleh dapat 8 oz. Ya Allah, banyaknya.

Aku nak sangat dapat banyak macam tu but buat masa ni paling banyak aku dapat untuk satu sesi adalah lebih kurang 3oz untuk kedua2 belah. Aku ada baca satu blog dia cakap jangan stress sangat and jangan bandingkan susu kita dengan orang lain tapi aku tetap juga bandingkan. Macam mana ek? Rasa macam nak ambil je supplement untuk tambahkan air susu. Buat masa ni pagi2 aku makan Habatus Sauda.

Ada juga pendapat cakap mungkin pam yang digunakan x sesuai dengan pemakainya. Aku pakai Avent Manual. Memang kuat tapi menyakitkan. Ibu-ibu lain pam sakit tak ek macam aku? Bila dah sakit aku tak berani nak pam dah sebab luka. Aku buat pula dengan cara 'marmet'. Apa benda tu? Tu istilah orang yang menyusukan anak je tahu. Malu pula nak tulis kat sini. Ok, tulis juga lah. Maksudnya perah guna tangan.



Kalau marmet hasilnya untuk sebelah sahaja boleh dapat sebanyak ini. Tapi kalau pam kedua2 belah baru dapat macam ni. Nak buat marmet selalu pun lenguh tangan juga. Kenapalah masa aku ngandung dulu tak terfikir nak beli yang elektrik punya. Mulalah rasa nak menyesal tapi siapa kita nak tahu masa depan betul tak?



Krim ni pula adalah untuk rawat luka masa susukan anak. Kadang2 baru letak anak dah bangun. Kena letak kerap after breastfeeding supaya luka cepat baik.

Ya Allah, permudahkanlah niat aku. Aku taknak Danish membesar dengan susu formula. Badan semangat tapi dari susu formula. Aku harap sangat2 dapat berikan Danish susu badan macam ibu aku bagi susu badan 100% pada kami adik-beradik. Boleh tak aku nak tulis yang aku jeles dengan surirumah yang dapat susukan anak dia dengan susu badan? Heh, dah tulis dah pun. Cabaran bagi ibu berkerjaya ni besar sungguh. Eceh, ayaaaat...

Tapi kita hanya mampu merancang. Aku akan cuba juga cuma aku tidak tahu apa yang akan berlaku masa akan datang. Usaha dulu baru redha dan pasrah. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Nehi nehi..

Yang penting usaha, think positive, jangan stress, gembira selalu, makan banyak-banyak dan yang penting minum air banyak-banyak. Moga aku dapat capai apa yang aku harapkan. Amin...

Till then, tata...

No comments: