Monday, May 28, 2012

Danish's First Trip

Hai, hari ni saya bersiaran langsung dari Kelantan (baca ala-ala budak kecik). Kelantan ni rumah nenek saya. Mak kepada Papa saya. Baru first time saya nak kelik Kelate nih. Hihi..

Pagi-pagi kat Johor saya dah mandi. Awal betul saya mandi. Kesian saya. Sejuk! Lepas mandi saya tertidur. Lepas tu saya sedar dah nak sampai Mersing. Lepas tu saya tidur lagi dan sedar semula masa sampai Pekan. Mama ingatkan saya Poo Poo tu yang berhenti. Rupa-rupanya saya Shishi. 

Ini saya di waktu pagi. Masa ni saya dah mamai nak tidur

Lepas dari Pekan tulah saya tak tidur sampai Kelantan. Asyik nak mengempeng je. Mama pun dah letih nak bagi saya ngempeng. Papa pulak dah longgar kepala lutut. Kemudian singgah sembahyang pula di Masjid Mukhtafibillah. Harap maaf jika salah sebutannya sebab Mama pun x tau sebut juga. Hehe..


 Masa kat masjid, baju dah tukar sebab Papa asked Mama to change my cloth.
Tulah Mama, nak sangat pakaikan Danish baju pagi tadi. Tengahari dah kena tukar.

Dekat situ saya dapatlah rehat sekejap. Baring2, basahkan badan, tukar baju. Rasa nyaman dan selesa. Lepas Mama & Papa selesai solat kami pun bergerak semula. Perjalanan masih jauh harusku tempuh. Saya dah mula rasa penat.

Dalam kereta bila saya rasa boring saya jerit2 la. Nak ngempeng. Itu jelah benda yang saya tahu selain tidur. So, saya ngempeng, ngempeng, ngempeng sampai Kelantan. Lembik Mama saya kerjakan. I didn't mean it, Mama. Cowi...

Sampai rumah nenek pukul 7pm. Mandi kemudian saya ingat nak tidur. Tapi saya tak boleh tidur. Saya asyik nangis je. Sampai Mama & Papa hilang cara nak buat macam mana and lastly buat keputusan drastik beli buai malam tu juga. Hm... rupanya saya kembung perut, perut x selesa. Nenek bagi ubat kembung perut. Lepas minum je saya asik nak membuang bom atom dan tak lama lepas tu dalam kol 10-11 pm saya pun pengsan dengan Mama dan Papa sampai jam5 pagi. Catat sejarah bagi saya sebab tidur tanpa sedar untuk minum susu. Mama tu bila saya tak sedar, dia lagilah x sedar diri. Huhu.. Buai yang dibeli pun saya tak sempat nak duduk dalam tu.

Esoknya saya Qadak tidur sampai malam sambung ke pagi semula. Saya punya penat, fuhh mengalahkan Papa yang drive jauh and Mama yang pegang saya je sebab tak mau duduk dekat tempat yang ada. Saya memang over.

Sekian, terima kasih..

Danish by Mama

Till then, tata...

No comments: