Friday, April 13, 2012

Perjalanan bulan Mac dan April

Assalamualaikum to reader(s).. Bajet macam ada reader(s) macam dulu that's why letak 's' dalam bracket.

This is a quick update from Mama Lia. Eh! Dah jadi mama ke? Tunggu dulu. Saya nak tulis satu persatu apa yang telah berlaku sepanjang bulan Mac and April ni.

Khamis : 15 Mac 2012, 12.08pm

My/Our beloved father telah kembali ke pangkuan Allah. Semoga arwah ayah bahagia di sana. Al-Fatihah. Alhamdulillah, kami adik beradik ada bersama di saat-saat akhir sehingga ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Masa saat-saat akhir tu saya dapat lihat bagaimana sakitnya nyawa nak terlepas dari tubuh. Jenazah ayah saya dikebumikan di Felda Air Tawar 1 tempat saya dilahirkan

Khamis : 29 Mac 2012, 12.22pm

Ya! Saya selamat melahirkan baby boy di Hospital Sultan Ismail. Hari dan waktu yang hampir sama dengan kematian arwah ayah. Arwah ayah masa sakit selalu cakap 'sempat tak ayah nak tengok cucu' dan saya akan jawab 'sempat'. Tapi Allah lagi mengetahui. Ayah memang tak sempat nak tengok cucu pertama dia.

Hai semua!
Saya Muhammad Danish Aathif bin Mohammad Zamri

Ok, inilah baby saya. Gambar ni beberapa jam selepas dilahirkan. Pengalaman bersalin? Hmm.. nanti saya tuliskan untuk tatapan saya atau Danish di masa akan datang. =)

Jumaat : 30 Mac 2012

Hari ini merupakan hari lahir saya yang ke-26. Hadiah paling besar saya dapat adalah kelahiran Danish. Ramai kawan-kawan and sedara mara cakap apesal tak bersalin on 30th Mac je. Gila apa? Nak kena tahan sampai sehari. Mana leh tahan-tahan nak beranak ni. Maka, tarikh lahir kami sebelah menyebelah. Memang anak mamalah! Lepas ini, encik suami sila take note hadiah birthday ya. Kek boleh kongsi, hadiah takmooo.

Selang beberapa hari kemudian Danish kena tahan hospital sebab kuning. Dari Hospital Kota Tinggi terus rujuk ke Hospital Sultan Ismail. Pergi naik ambulans pulak tu. Dalam tu saya asik kutuk-kutuk je driver. Dahlah baru lepas bersalin, luka tak sembuh lagi bawa laju terhentak-hentak. Memang kurang asam betul driver tu. Huhu.

And sampai sekarang ni Danish masih kuning lagi and kena ambil darah 2 hari sekali. Hope cepat sembuh kuningnya.

Till then, tata...

No comments: