Monday, April 23, 2012

Pengalaman bersalin

Assalamualaikum...

Hari ini hari yang 25 aku berpantang. Oh! Lagi 15 hari untuk bergembira untuk makan apa sahaja. 15 hari juga inilah macam seksaan juga sebab aku dah boring makan benda yang sama sahaja dan juga sehari sebelum aku habis pantang adalah wedding cousin. Entah boleh entah tidak aku nak mentakedarah masa tu.

Oklah, entry kali ini aku nak share sikitlah pengalaman bersalin anak sulung ni. Apa yang aku ingat aku tulis even rasanya macam ingat2 lupa. Yalah, dah 25 hari kan.

Rabu, 28 Mac 2012

Aku kena pergi mesyuarat dan tempat mesyuarat tersebut adalah di Permas Jaya serta perlu panjat tangga ke tingkat 4 untuk sampai ke lokasi. Tuhan sahaja tahu macam mana keadaan aku masa mendaki tangga tu dengan laptop yang berat beserta dengan handbag tidak lupa juga botol air aku yang besar itu. Berhenti setiap tingkat. Mesyuarat sampai tengahari dan aku rasa letih sangat2. Sebelum balik makan-makan dulu. Aku makan banyak sebab aku fikir nanti masa dah bersalin tak boleh makan dah benda2 macam tu.

Bila aku nak balik, kawan2 semua cakap selamat bersalin ya. Selamat bersalin ya! Aku angguk2 je. Ala, 2 minggu je lagi nak bersalin. Drive balik rumah and rasa nak terburai tulang belakang. Sakit sangat2. Sampai rumah dapat tidur sekejap kemudian suami ajak pergi somewhere sebab nak selesaikan sesuatu. Ikut hati malas sebab aku betul2 tak mampu. Nak tak nak, aku pergi juga.

Khamis, 29 Mac 2012

5.00 am
Aku bangun tidur and terasa macam ada letupan kecil (letupan??) kat bawah. Aku biarkan sahaja sebab ingatkan kentut.

5.30 am
Aku pergi buang air kecil, sebelum buang aku cek dulu apa benda yang meletup tadi (perlu ke aku guna istilah meletup ni?). Bila cek ada lendir darah and air. Banyak and buang air kecil keluar lagi benda tu.

Terus kejut suami and telefon ibu. Ibu cakap itu air ketuban pecah. Maka, sesi kelam-kabut bermula. Ibu asked me to makan telur separuh masak dulu untuk tenaga. Dia suruh makan 2 biji je. Tapi sebab kesedapan dan memikirkan dah lama gilerrr tak makan telur macam tu, aku suruh husband masak sampai 6 biji telur. Aku terasa seperti terlampau melampau di situ. Kemudian minum susu segar. Rasa yang kenyang teramat.

6.30 am
Lepas siap semuanya, aku and husband pergi hospital. Masa tu tak rasa sakit lagi. Boleh gelak2 dalam kereta. Aku fikir aku tak bersalin lagi kot hari ni.

Sampai hospital aku turun dulu and tunggu di pintu wad bersalin/kecemasan sementara suami cari parking. Masa aku duduk tulah aku rasa pinggang tegang yang amat sangat sampai tak terkata. Aku cuba tahan tapi makin sakit. Dalam keadaan sakit tu sorang mak guard datang tanya

- Adik Ok?
- Tak Ok..

 Dan dia suruh someone kat situ ambil kerusi roda. Bila dah ada kerusi roda depan mata mak guard tu suruh aku duduk sendiri. Ya Allah, masa tu memang aku tak boleh nak gerak langsung. Nak bangun pun tak boleh. Kemudian aku cakap 'saya nak muntah'

Mak guard tu cakap naik dulu atas kerusi roda. Dengan bantuan orang aku pun dapat duduk di situ. On the way nak ke tempat bersalin, once pintu lif terbuka je aku pun muntah dengan bersungguh-sungguh. Keluar segala telur separuh masak yang berwarna kuning-kuning and segala benda yang aku makan pagi tu. Habis baju tudung semua. Dalam masa yang sama suami pun sampai dekat pintu lif.

Mak guard tu tanya

- Awak makan ke tadi?
- A'ah
- Kalau dah pecah air ketuban, tak boleh makan dah sebab nanti dia tendang keluar semula

Aku diam je. Mana aku tahu. Yang aku dengar kawan-kawan, makcik2 ke apa semua cakap bila rasa nak bersalin je makan banyak2 sebab nak dapatkan tenaga. See, tenaga yang aku makan tu habis macam tu je. Huhu...

7.05 am
Nurse suruh aku baring and tak lama lepas tu seorang doktor datang nak cek bukaan. Senang cerita seluk lah. Sakitnya.. Aku cuma boleh cakap SAKITNYAAAA. Nurse and doktor suruh aku bertenang. Aku tak tahan rasa macam nak bertendang je. Habis cek doktor cakap bukaan 3cm.

*orang2 hospital ni belajar, setiap jam akan rahim akan buka 1cm. Means nak buka ke 10 cm lagi 7 jam iaitu dalam pukul 1 - 2 petang. Lamanya sakit.

8.00 am

Aku dah disorong masuk ke dalam bilik bersalin. Dalam bilik tu satu orang satu bilik and setiap bilik dijaga seorang doktor. Dalam bilik tu lah aku terbaring but tak sakit lagi. Sakit macam senggugut je. Doktor yang jaga aku tu lelaki dan nak dijadikan cerita pula doktor tu merupakan rakan sekelas aku masa di sekolah agama kat Air Tawar 2 dulu. Dia tua setahun dari aku.

Bila aku tanya dia pasal benda ni dia tersenyum je and dia cerita lah dulu dia nakal kat kelas. Aku ingat nama dia pun sebab dia periksa dapat no 1 dalam kelas. Aku periksa nombor berapa? Entah, lupa tapi atas2 lagi. Hoho.

Suami aku pula belum boleh masuk. Berapa kali aku tanya suami aku boleh masuk tak. Dia cakap boleh, boleh, boleh tapi xde sape panggil suami aku kat luar. And last sekali aku cakap ngan nurse panggil lah suami aku, kemudian dia minta permission doktor barulah suami aku boleh masuk.

10.00 am

Dah start sakit2. Datang sekejap2 kemudian pergi. Nurse cakap macam perli aku 'contraction sikit je tapi muka macam dah 100 je'. Pergh! Ko tahu tak sakit. Kemudian bila doktor ketatkan alat kat perut aku tu nah AMEKAW! Terus tinggi. So salah siapa? Salah mesin ke salah aku atau salah orang yang pakaikan benda tu kat perut aku ke?

10.30 am

Air ketuban aku dipecahakan. Rasa macam banjir tempat tu dan kena seluk dah berapa kali masa tu. Kalau tak silap pengiraan dah 3 kali kena seluk. Seksanya kena seluk sampai aku asik tanya doktor tu nak seluk ke? Nak seluk ke? Bukan pe tak tahan.

11.30 am

Aku ambil suntikan epidural sebab aku ditawarkan untuk ambil suntikan tersebut. Aku tak tahu kenapa dia tawarkan dekat aku. Maybe sebab dia tengok muka aku lemah sangat kot and tak tahan sakit. Selepas bincang2 dengan suami and ibu aku ambil keputusan untuk ambil suntikan tersebut. Kesan suntikan ini boleh dirasakan after one hour. Kelebihan dia boleh kurangkan sakit semasa contraction.

Selepas ambil suntikan tu, contraction makin kerap. Tangan suami aku rasanya macam nak patah kot sebab aku genggam kuat2 sebab sakit. Masa sakit datang tu aku rasa macam nak terberak je. But bukan nak berak. Contraction dari 10 minit 4 kali terus menjadi kerap kali. Rasanya dalam 2-3 minit sekali contraction.

12.05 pm

Aku kena seluk untuk kali ke-4 sebab contraction makin kerap sekerap2nya. Bila check je, doktor terus keluar cakap 'Full House, Full House'. Aku tak tahu istilah apa tu. Dalam masa yang sama aku terus terfikir 'eh, aku dah nak bersalin ke?'

Kemudian doktor cakap, lepas ni kalau rasa contraction je terus push tau. Aku terus menggigil. Betul ke dah nak bersalin ni, betulke? Huhu.

Bermulalah episod push mengepush. Dan selepas 3 kali push keluar kepala. Aku tak ingat aku kena gunting masa kepala nak keluar ke apa. Kemudian, lagi sekali push terus keluar semua. Last push tu aku hela hafas lega kuat sangat. Rasa macam lega yang teramat. Lepas keluar je baby terus nurse bius peha aku. Dalam masa 17 minit aku dapat keluarkan anak dalam perut aku.

12.22 pm

Lahirlah Muhammad Danish Aathif

Kesan suntikan epidural tu aku tak sempat rasa sebab belum sampai sejam aku ambil dah bersalin. Cuma masa jahit tu aku tak rasa apa2 sebab dah kebas. Masa kena jahit tu aku tidur sebab letih sangat. Jadi aku tak tahu rasa sakit masa kena jahit tu macam mana.

Selesai semuanya aku duduk dibilik tu sampai jam4. Aku tak boleh nak fikir apa sebab kepala pening sangat and kerap muntah2. Tu merupakan kesan sampingan suntikan epidural. Jam4 petang (agaknya) aku pun dibawa keluar dari bilik bersalin. Yang aku ingat masa tu aku risau sangat anak aku yang lepas lahir tak minum apa2 sebab kata orang kalau lambat sejam untuk susukan lepas bersalin kemungkinan anak boleh kena jaundice. Tapi ini dah 4 jam.

Sampai di wad bersalin aku nak susukan anak juga. Nasib baik dalam tempoh 4 jam tu dia tak bagi anak aku minum apa2. Tapi 4 jam dah terlalu lewat untuk aku. Dengan air susu belum nak ada. Hm, dengan pertolongan nurse aku pun dapatlah susukan even aku rasa sikit je.

Actually panjang lagi nak tulis tapi tahap kemalasan aku yang terlampau juga kurangnya waktu tidur rasanya better aku stop di sini dulu. Tidur bagi aku sekarang adalah sangat berharga.

Cuma apa yang membuatkan aku trauma pasal bersalin sebab kena seluk untuk cek bukaan dan juga before keluar wad kena seluk sekali lagi. Yang last tu paling tak tahan sebab sakit bersalin x hilang, dengan kena jahitnya lain kemuadian kena seluk. Itu yang membuatkan aku trauma untuk ngandung lagi (buat masa ni.. hihi)

Till then, tata...

10 responding variables:

SYANI said...

Trauma tu kejap je... tunggu la Aathif 1-2 tahun nanti, mula la teringin nak baby baru pulak..hehehehe

faizah---sweetcake johor said...

tp puas kan bersalin. dpt rasa sakit bersalin tu adalah satu nikmat sebenarnya :D

~AmyLiana86~ said...

tahniah lia..hehe

Lia3003 said...

syani: itu rezeki, but now masih trauma lagi, bila fikir balik sakitnya mesti gigit jari

kak faizah: tulah kak, masa nak bersalin tu kita fikir mati.. betullah orang cakap bersalin ni antara hidup dan mati

AmyLiana: terima kasih amy

Ummu ikhwan said...

saya bersalin bulan mac 2011. on due.walaupun xsakit,tp kene admit jgk sb sy ada thalasemia carrier.so xleh overdue. masa tu pregnnt sulung,xtaw lg sakit mcm mana.masa nk masuk lr, xmkn sgt pun,siap boleh sengih2 lg.masuk lr jam8.pg. dr pecahkan ketuban.seluk tu mmg xtahan,sy pun ty dr,nk seluk ke.hhuhu...takottt...last2 10.30 mlm.kuar la baby boy.
perrrghh..punyala lama journey tu.xtaw nk kata apa.

tp skrg pregnant lg.hehee..takut tu mmg ada.tp dh rezki kan. due november nt.doakan eh..

oh ya: btw,salam perkenalan dari saya. blogwalking,best plk bc2 pnglmn bersalin,sb sy pun dh due.ni sambil2 cr brg baby online.heee

Lia3003 said...

ya.. moga semuanya selamat ye... tahniah sebab nak dapat baby lagi

mizaharun86 said...

Hi there! best bace unye experience..isk i nk bersalin next year..due jan13..wahh takutnyerrr..

CikPuanIsteri said...

Salam...
Tq share cerita nie..
Ngah sbuk baca xpriance mommie yg dh selamat brsalin...
Now da 34 weeks...seram la plak...huhuhu

Lia3003 said...

Mizaharun86 & CikPuanIsteri : selamat menempuhi alam hendak bersalin ya. in sha allah semuanya dipermudahkan

Aishah Abdullah said...

nice entry..1 pengkosian yg baik..

Jom follow blog..
http://diariaishah87.blogspot.com
salam perkenalan.. ;)

Template by:

Free Blog Templates