Wednesday, April 18, 2012

Danish kena Jaundice

Assalamualaikum...

Masa Danish baru 5 hari dia kena tahan wad sebab kuning / Jaundice. Bila check darah, resultnya terus tinggi iaitu 20.4.. Oh! Kalau 14 pun memang dah kena masuk wad apa lagi kalau 20 kan. Maka, dalam keadaan aku 'sakit' lagi aku pun kena stay di wad juga.

Mula-mula stay di HKT but sampai malam kuning Danish makin naik, bukan turun. Naik terus ke 22.7 dan malam tu juga terus naik ambulance rujuk ke HSI. Kesian Danish. Masa kat HKT lampu UV tu memang nampak macam kuat cuma kedudukan lampu dengan bayi agak tinggi maka takde effect saya rasa. Sebabnya Danish tak mahu tidur langsung. Dengan keadaan bilik yang sejuk, dia tak berpakaian dan hanya ada kain lampin sahaja, dia menangis je. Huhu, bila dia menangis aku pun nangis. Sedihlah. Baru tahu kan perasaan ibu dekat anak.

Jadi nak tak nak, aku kena dokong dia bagi dia panas sikit. Gambar atas ni keadaan Danish senyap bila dipeluk.

But this picture bila letak ja dalam bekas ni dia senyap and tak lama lepas tu menangis. Bibir terketar-ketar sebab tahan sejuk. Kesian sangat2. Kenapalah bilik rawatan sejuk sangat macam ni kan.

Bila Danish nak kena hantar ke HSI sebab kuning dia tinggi sangat aku pun 'hujan' lagi. Teruk sangat ke kuningnya sampai kena rujuk ke sana? Bila tanya nurse, dia cakap kat sana pakar ramai, alat lengkap sebab tu lah hantar ke sana.

Kat HSI Danish kena letak dalam wad NICU. Dengar ada ICU je aku gelabah. Yelah macam kritikal. Tapi bila masuk je dalam tu, aku lega. Sedih2 aku sebab Danish kena Jaundice ada lagi ramai bayi yang x sihat dalam tu. Yang lahir tak cukup bulan, bayi pramatang.. Lagi kesian bila dorang kena cucuk sana cucuk sini, masuk air kat hidung. Syukur sebab Danish tak seteruk itu. Masa kat HSI tulah aku dah tak nangis lagi. Aku ni kan gembeng. Suami aku pun macam dah menyampah tengok aku nangis. ^_^

Keadaan dalam NICU sangat Ok dan Danish kena duduk bawah lampu juga. Cuma kali ni lampu tu di letak rendah sedikit dekat dengan badan dan juga keadaan bilik yang kurang sejuk. Danish pulak kena telanjang bulat. Alahai, kesian.. Kat HKT masih boleh pakai pampers tapi kat HSI terus telanjang. Dahlah telanjang, kena tonggeng pulak tu. Seksi anak mama. Tonggeng tonggeng keluar najis depan belakang. Sian dia. Tapi sebab nak baik kena pasrahkan semua tu.

Ubat untuk kuning ni hanyalah susu ibu. Masa di HSI ni lah sebab terlalu letih aku terover tidur 2 kali dan 2 kali jugalah Danish minum susu formula. Bila aku bangun pergi tengok Danish, bibir dah ada kesan muntah. So, aku tahulah Danish dah minum susu tu.

Kesan susu ibu tu aku dapat rasa bila masa masuk HSI malam tu kuningnya 22.7 dan tengahari esoknya terus drop ke 14 dan esoknya terus drop ke 9. Lega sangat sebab boleh keluar awal dan ada seorang ibu tu dia menangis bila dengar aku and anak dapat keluar dulu sebab anak dia yang masuk wad dulu dari Danish.

Memandangkan Danish masih ada kuning lagi masa keluar wad iaiti 10.4 maka kena cek di hospital 2 hari sekali. Dan sekarang tak payah pergi ke hospital lagi walaupun kuningnya masih ada. Doktor cakap bagi sahaja susu ibu. Harap kuning Danish cepat hilang dan sembuh.

Till then, tata...