Monday, April 16, 2012

Baru beranak satu dah riuh sekampung

Assalamualaikum..

N3 kali ini lebih kepada apa yang saya rasa dan juga luahan hati. As known, saya dah pun selamat melahirkan baby pertama last 29th Mac and sekarang sudah berumur 18 hari. Walau bagaimana pun, sepanjang 18 hari saya bercuti terasa tidak tenang langsung. Kenapa? Sebab saya dengar macam-macam benda kawan-kawan sekerja saya mengata.

Antara yang saya tak boleh tahan dengar ialah baru beranak satu dah riuh sekampung. Ok, fine! Kenapa mereka cakap macam tu sebab mereka tidak berada di tempat saya. Kenapa riuh? Sebab saya punya cuti bersalin.

Begini ceritanya, masa saya mengandung saya telah membuat permohonan cuti bersalin selama n-i-n-e-t-y days. Itu hanyalah percubaan saya dan dalam hati saya berkata kalau tak dapat takpe sebab saya sekadar mencuba. Saya mohon pada bulan Januari iaitu masa kandungan 6 bulan. Jadi, bila saya serahkan permohonan kepada ketua, dia meluluskan tanpa banyak tanya dan sudah tandatangan surat tu. Gembira sangat masa tu sebab mohon sekadar mencuba nasib akhirnya diterima. Habis di situ.

Kemudian, cerita bermula selepas 4 hari saya bersalin. Dengan keadaan yang belum kuat, sakit, pergerakan terbatas saya dapat panggilan dari pejabat menyatakan cuti n-i-n-e-t-y days saya ditarik balik dan dapat only s-i-x-t-y days. What a surprise present? Saya tak tahu kenapa secara tiba-tiba dan selepas saya deliver baru nak tarik? Saya bersalin bulan Mac and ada 2 months gap untuk cuti itu ditarik balik b4 saya bersalin. Kalau benda ni ditarik before saya bersalin saya boleh prepare mental fizikal. Tetapi kenapa berlaku selepas semua benda dah ditandatangani?

Sekarang perkara ni dah settle. Saya dapat kekal cuti n-i-n-e-t-y days. Suami saya orang yang betul-betul mempertahankan benda ni. Suami mana yang tak terasa bila benda ni berlaku secara tiba-tiba. Baik habis di situ sebab semua dah settle. Actually, saya pun dah pasrah kalau cuti saya dikurangkan dan saya akan naik kerja dengan perasaan yang membeku.

Cuma sekarang ni, one of my rakan sekerja cakap.. kawan-kawan di tempat kerja saya mengata saya macam-macam. Sedih dengar macam tu. Mereka cakap saya beranak satu dah kecoh sekampung. Saya tak minta benda ni jadi kat diri saya. Kemudian, cakap suami saya macam-macam. Guys, if tak tahu cerita sebenar sila tutup mulut. Jangan nak judge orang dengan benda yang kau tak dengar dari mulut aku sendiri. Kau dengar dari mulut orang. Ya! Mulut orang bila disampai-sampaikan akan berubah-ubah maka jadilah cerita tak betul.

Kawan saya cakap lagi, naik kerja nanti tabah and cekalkan hati. Juga berhati-hati dengan orang yang depan saya nampak baik sangat sebab sebenarnya dialah yang tikam saya dari belakang. Siapa ya yang baik sangat dengan saya kemudian tikam saya dari belakang? Terima kasihlah. I won't trust anyone after this. Sorry to say lah! Dan juga saya tak pernah nak masuk campur hal peribadi mereka tapi kenapa mereka sibuk sangat nak campuri hal peribadi saya? Manusia...

Saya harap mereka mereka yang best sangat cerita pasal saya tu kembali ke pangkal jalan tak pun kau datang depan aku minta maaf.

Sekian, till then tata...

2 comments:

Panglima Muda said...

salam.... mudah mudahan selamat

Lia3003 said...

salam..mudah-mudahan