Wednesday, March 7, 2012

34 minggu 5/7 hari

Sumber

It is almost 35 weeks pregnancy. Jika tanya kawan-kawan yang dah berpengalaman melahirkan, dorang bersalin area 36 and 37 weeks. Means kalau ikut mereka, lagi dua minggu. Semakin hampir.

34 minggu inilah macam-macam rasa ada. Aku penat dengan kerja. Balik rumah tak mampu nak buat apa-apa. Nak berjalan kaki dah kebas, pinggang pulak rasa macam nak patah, kalau nak baring tu nak gerak punggung pun tulang pelvis sakit. Nak drive pun baru bape minit naik kereta tulang belakang terus rasa lenguh. Oh! Tak mampu nak drive actually.

Tapi aku bersyukur dengan satu perkara ni. Ada kawan-kawan cakap, kandungan 8 bulan ke 9 bulan susah nak tidur. Lagi susah nak tidur bila baby tendang-tendang. Tapi aku dapat tidur dengan nyenyak dan berbahagia sebab dapat tidur dengan tenang. Suami cakap mesti anak nanti kuat tidur macam aku. Eh, baguslah kuat tidur kan baby? Senang mummy nak jaga nanti. =)

By the way, next week adalah cuti sekolah. Maka, boleh tak aku nak buat permintaan dekat suami? Permintaannya ialah:
  • Saya nak rehat puas-puas tanpa buat sebarang kerja seperti memasak, basuh pinggan, jemur baju, lipat baju, sapu sampah semualah. Ok, sekian!

Aku kadang-kadang tak mampu nak buat banyak kerja dalam satu satu masa. Pergerakan sangat terbatas dan slow je. Bila aku dah malas sangat, aku akan biarkan je 'benda2' tu bergelimpangan atau terbengkalai sampai aku punya mood datang balik.

Alangkah bahagianya kalau ada maid. Boleh tolong buat kerja rumah. Ada sesiapa nak jadi maid aku? Gaji belakang kira, yang penting buat kerja dulu. Meh lah tolong mak buyong ini. Wawawa.. berangan!


2 comments:

~AmyLiana86~ said...

smoga selamat semua yer..

Lia3003 said...

maceh amy...