Sunday, February 5, 2012

Saya si comel yang angkuh

Hai, hari ini saya nak menyelit dalam blog tuan saya. Rasanya dah lama tuan saya tak tulis pasal saya. Semenjak dua menjak ni, tuan saya jadi pemalas. Kalah saya yang asyik makan tidur makan tidur.

Oh ye, sebenarnya tuan blog ni bukanlah tuan saya. Tuan saya ialah ibu kepada tuan blog ini. Ada faham? Takpe, tak payah fahamkan.

Memandangkan saya merupakan satu2nya kucing tunggal yang dibela saya tahu saya sangat disayangi. Tapi saya sangat ego. Saya tak suka dibelai. Kalau saya dibelai saya tak selesa. Bila tak selesa, saya mesti cakar atau gigit tangan yang belai2 saya tu.

Selain itu, saya juga tidak suka didukung. Kalau siapa2 dukung saya, mesti saya tampar pipi atau muka dia dengan kuku saya. Mesti dia rasa bertuah kerana mendapat cop tak rasmi saya tu.

Kata anak tuan saya, saya ni sebenarnya stress atau dengan nama lain saya mengalami penyakit kecelaruan minda. Sebabnya, saya tak dapat anak sampai sekarang. Bukan saya tak nak anak tapi saya diberi makan pil perancang. Huhu. Kenapa saya diberi pil perancang? Sebab salah saya juga.

Macam ni ceritanya. Saya lahir di awal tahun. Kemudian, pada tahun yang sama juga saya pula melahirkan anak saya. Ha, amekaw. Masa tu saya budak2 lagi dah dapat anak. Sangat terserlah kegatalan saya masa tu. Anak saya sangat comel tapi semua mati sebab air susu tak cukup. Oh! Akibatnya saya kenalah makan pil perancang sampai sekarang.

Bila saya kebosanan, saya mesti panjat tingkap dan merenung dunia luar.

Bila dunia luar tak menarik perhatian saya, saya akan buat aktiviti memanjat dan tidur. Walaupun saya betina, saya sangat gagah sebab mampu panjat almari yang tinggi tanpa bantuan sesiapa.

Beginilah cara saya memanjat. Ayu kan?

Akhirnya, sampai di atas

Bila dah dekat atas, takde sape boleh kacau saya. Saya bahagia.





Bila saya rasa kekurangan kasih sayang, saya akan baring atau tidur di tempat2 yang senang orang nampak. Bila orang nampak saya macam ni, orang akan cakap "Alololo, tomeynya tidur". Saya suka dengar walaupun nampak gedik dan saya akan buat muka yang tersangat2 comel mengalahkan Kucing Pus In Boot (betul tak eja??)

Sekarang saya sudah penat menaip!
Saya undurkan diri dulu.
Tata!!


Sekian, cerita dari saya.

Si Limo yang gedik, comel, angkuh dan tidak dilupakan juga yang gagah!

No comments: