Saturday, February 18, 2012

32 weeks = 8 bulan

Terperanjat!

Baru hari ini saya tahu yang saya dah 8 bulan mengandung. Sebelum ni saya kira guna weeks and weeks yang saya cakap dengan orang rupa2nya salah. Sebab saya lupa adalah kerana buku check up baby hilang.

Actually bukan hilang tapi sebenarnya tertinggal dekat klinik. Masa tu kena inject. Sebab terlalu sakit, habis je inject saya terus keluar bilik lenggang kangkung. Esoknya baru terkial2 cari buku tu kat mana.

By the way, perkembangan untuk kandungan adalah normal. Saya belum sempat untuk scan lagi. Berat baby pun x tahu berapa. Kat klinik kerajaan ni nak scan susah. Nak jumpa doktor pun susah. Kalau kandungan ada masalah je baru boleh jumpa doktor. Hm...

Sekarang, perut saya makin sempit. Nak duduk atas lantai memang boleh tapi nak bangun semula tu Ya Allah, susahnya! Kalau duduk tak betul, baby start tendang. Maybe dia sempit kot. Anyway, its a great moment for me!

Bila minum air panas, perut berjoget2. Tak tahu baby suka air panas atau pun dia yang kepanasan. -_-. Alah baby, mummy minum susu untuk baby jugak.

Kemudian, pergi kerja pula dah jarang pakai baju kurung. La ni, ada dua sahaja baju kurung yang betul2 saya boleh pakai iaitu baju kurung 2 tahun lepas. Saya tak tahu 2 tahun lepas saya memang gemuk atau saya x perasan saya gemuk atau baju itu besar.

Dan lagi satu baju kurung 10 tahun lepas. Caya tak, caya tak? Cer caya! Haha, seriously itu satu2nya baju kurung yang kainnya saya boleh cangkuk. Kalau kain lain zip separuh je and nak cangkuk jauh sekali.

Saya sudah pun masuk ke trimester ke-3. Persediaan adalah hampir 90% koooot. Adalah barang yang belum beli lagi macam kelambu, tempat mandi. Tapi takpe. Yang remeh boleh beli on the sport. Cuma sekarang saya tak tahu nak makan jamu apa masa berpantang nanti. Kena simpan duit wooo!

Ini sarung tangan and kaki. Tau tak cukup. Nanti beli lagi. (^_^)v

Ini persediaan untuk di letak dalam hospital bag.
Kena sentiasa ada dalam kereta hokey!

Till then, tata...

2 comments:

SYANI said...

Sekejap je masa berlalu, tau2 tak lama lagi lia dah nak bersalin dah ye... Take care yer...

** Tengah berusaha gak ni tapi nampaknya belum ada rezki lagi..

Lia3003 said...

a'ah, lagi sebulan lebih. =)