Saturday, January 7, 2012

Entry Pertama 2012

Assalamualaikum... Selamat Tahun Baru 2012.

Lama sungguh aku tak masuk ke dalam blog sesawang yang memang sedia bersawang2 ni. Bukan tak mahu masuk, cuma xde mood untuk masuk juga keadaan aku yang sebelum ni masih mabuk2.

Last entry aku ada cerita mengenai kandungan bulan ke-4 di mana aku tulis dah tak mabuk lagi. But, selepas itu tanpa sengaja aku muntah2 setiap hari kecuali Sabtu Ahad. Kau tahu kenapa tak muntah Sabtu Ahad? Sebab hari itu adalah hari cuti di mana aku tak perlu mandi awal pagi. Haha. Bila mandi pagi je, mesti muntah. Bila muntah je mesti mandi pagi.

Kemudian masuk bulan ke-5. Eceh! Ingatkan bulan ke-5 tak muntah. Sekali, amekaw... masa mandi pagi nak balik Kelantan, aku muntah lagi yang lagi teruk. Muntah kuning dan muntah putih. Geli weii muntah macam tu dan itu merupakan muntah yang terakhir untuk kandungan ini. Harap takde lagi muntah2 lepas ni. Trauma!

Dan sekarang, kandungan dah masuk 6 bulan lebih. Kalau ikut due date, lagi 99 hari dari sekarang. Oh, sangat mendebarkan untuk menunggu 'hari tersebut'. Juga, aku sudah tahu jantina kandungan aku. Selalunya 5 bulan orang dah pergi check nak tahu jantina, but last week baru aku pergi scan. Itupun sebab aku kena 'cerry berry'. Kau fikir sendirilah sakit apa tu.

Kalau dikira, aku dah scan 4 kali, tapi cuma dapat 2 gambar je. 1st scan masa 6 minggu and masa tu doktor cakap kemungkinan aku boleh keguguran berdasarkan apa yang dia scan. Hampeh punya doktor. Ada ke cakap macam tu.

Kemudian, yang kedua masa 12 minggu. Bawah ni gambarnya.


Nampak penuh. Yang bulat sebelah kiri perut dan yang bulat sebelah kanan kepala. Kalau perhati betul2, macam nampak kelopak mata, hidung, telinga. Tapi orang cakap 3 bulan masih tak nampak bentuk lagi. Wallahualam.

Scan kali ke-3 pula masa dah 6 bulan tapi tau2lah klinik kerajaan ni nak cepat je. Bila aku minta gambar doktor tu cakap takde. Eh! Gambar kat atas aku scan kat tempat yang sama. Boleh je dapat gambar. Kesimpulan yang boleh aku buat, doktor ni malas nak layan. Apakah?

Tak puas hati dengan doktor yang tak nak print gambar scan, kitorang pun pergi lah scan sendiri. Maka inilah hasilnya. Yang ini pun sama, scan tak full. Dia fokus pada tempat tertentu jew. Aku nak tengok bentuk full macam gambar first tadi. Huhu.


Sebelah kiri kepala baby yang masih menghadap ke bawah lagi. Means, gambar ni dari belakang kepala. Sebelah kanan pula gambar jantung dia yang berdegup-degup. Oklah, scan kat swasta ni dia tunjuk clear. Nampaklah bentuk kaki baby. Comel je tengok bentuk dia, dari lutut sampai kaki. Alhamdulillah, sempurna dan jantina pula adalah 'tuuuut'. Rahsia dulu sebab surprise.

So far, Alhamdulillah. Sihat dan tiada masalah. Aku selalu berdoa supaya baby ini lahir dengan sempurna dan jauh dari penyakit. Doakan sama-sama ya!

Hm, nama baby pun dah ada. Kami sediakan 2 nama lelaki dan perempuan. Sekiranya yang lahir ini lelaki, nama bayi perempuan pula akan kami bawa ke depan. (Eh, dah ada rancang yang seterusnya?Nanti... hold dulu).

Kemudian, barang2 baby. Dah beli sikit2. Ikut hati nak beli banyak terus, tapi En Suami kata sikit2 dulu. Dah dekat nanti baru beli banyak terus. Agak sedih di situ ya. (T____T). Semua barang-barang sudah letak di rumah ibu sebab memang bercadang nak berpantang di rumah ibu.



Paling susah nak cari adalah botol susu. Kami decide nak gunakan botol kaca untuk baby. Cari di pasar raya memang ada, tapi tiada ciri2 keselamatan. Kalau terhempas memang confirm pecah sebab takde protector. Jadi, setelah mengusyar blog2 yang jual botol susu kaca dan comparekan dengan harga kedai yang jual online, harga kedai lagi murah dari blog2 lain.



Gambar dari sini.
Weego Glass Bottle.
Promote: kalau duduk area Selangor tu boleh beli sendiri kat kedai tu


Agak2 muka baby ikut siapa ya? Adakah hensem macam suami atau comel macam aku? Haha! Tolong jangan perasan. Orang kata kalau baby lelaki ikut ibu, handsome and baby perempuan ikut ayah cantik. Boleh pakai ke kata-kata tersebut?

Till then, tata...

2 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

xlame lagi dpt baby...beshnye cikgu!

Lia3003 said...

a'ah KF.. doakan yang terbaik untuk saya