Sunday, October 30, 2011

16 weeks pregnancy

Assalamualaikum...

Lama sangat tak menulis blog. Lebih 2 bulan. Sejak last update dulu, nak tengok blog pun rasa loya, benci, menyampah, mual. Ini bukan tipu tapi yang benar2 belaka. Disebabkan morning sickness yang teruk, semua benda aku tengok menyampah. Tengok baju menyampah, tengok makanan benci tapi lapar.. nak masuk bilik air lagilah benci sebab ada bau sabun, bau air. Ubat gigi pun rasa loya.

Bukan makan ubat gigi tapi bila nak gosok gigi je mesti terus masin2 kat mulut. Tanda2 nak muntah lah tu. Nak cuci muka boleh lagi tapi tahan nafas. Seem macam pengotor kan? But itu reality. Bukan bermakna aku tak pakai langsung barang2 kat bilik air tu cuma aku kurangkan kuantiti dia je. Keh keh. Cuci muka and berus gigi kat sink je. Kalau mandi tu, tak sampai 5 minit aku akan pastikan dah keluar dari bilik air.

Yang paling kesian suami lah. Berkorban mandi tak pakai sabun. Kahkah! Sama2 kambing macam bini dia. Kesian juga tapi nak buat macam mana. Seminggu sekali pakai sabun oklah kan. Pakai sabun bila balik rumah ibu sebab sabun kat umah ibu bau tak sama. Padahal jenama sama je cuma kat rumah Lifebuoy Liquid, kat rumah ibu Lifebuoy ketul.

Hm.. sekarang dah 4 bulan rasa lebih baik. Berat pun dah naik sikit. Cuma belum sampai berat zaman sebelum khawin dulu. Dah boleh mandi dengan sabun dan berlama2an dalam bilik air, cuma tak berani berus gigi dalam bilik air lagi.

Masak pun dah boleh cuma belum boleh tahan dengan bau bawang putih+merah juga serbuk kunyit. Baunya Ya Allah, menusuk2.

Satu tabiat aku bila balik rumah ibu adalah cium bau peti ais bahagian tempat beku tu. Bau dia sangat2 sedap. Freshhhh!! Dalam tu memang banyak bahan2 mentah tapi sebab dia sejuk kering, maka bau hanyir semua langsung takde. Nikmat sangat2 bila dapat cium. Awal2 minta maaf kat ibu kalau2 bil api tinggi buat masa ni. Hehe!

And then, masa pregnant ni minat nak bergambar jadi makin kurang. Sebab muka toya, tak bermaya je.. Nak amik gambar takde hati. Cuma akhir2 ni suka amik gambar perut. Ingat nak upload kat sini, tapi suami cakap tak payah sebab sexy sangat. Eh! Seksi ke? Pakai baju kurung je pun. =)

4 bulan ni, perut masih sama. Leper sikit. Kadang2 bila kenyang makan baru nampak perut tu boncit. Ramai juga kawan kat tempat kerja tegur sebab macam tak ngandung. Sekali tu pakai baju kebaya, dorang cakap untung boleh pakai lagi. Dorang ni yang belum khawin pun xleh pakai baju kebaya. Aku jawab " sementara boleh pakai, saya pakailah. Nanti akan datang takleh pakai pulak'.

Takde apa dah nak tulis lagi. Kalau rajin aku update lagi. Layan gambar sat! Gambar kami suami isteri.

Kami sebelum khawin.

Seminggu selepas nikah

Kami sebelum si isteri mengandung

Kami 1st day hari raya.
6 weeks pregnancy.
Dah start morning sickness.
Sangat tak bermaya.
Sampai sekarang menyampah dengan baju tu.

Kami, si isteri 14 weeks pregnancy

Till then, tata...

4 comments:

sue said...

comel akak ngn husband..muka sama, jodoh!

Lia3003 said...

maseh sue..

princess ain ♥ said...

wahh...congrates kak noli! xsbr nk tggu baby kuar. mst comel mcm akak! hehe. anyway, you've been tagged! :)

Lia3003 said...

ain: ok.. tq. nanti akak buat ek..