Sunday, August 21, 2011

Rezeki Ramadhan


Alhamdulillah. Sebab badan rasa lain macam, rasa mual-mual, tak lalu makan, letih, penat dan bendera merah lewat lebih seminggu, saya suruh suami beli ini. Esoknya cek dan hasilnya positif.

Cuma belum sempat ke klinik lagi untuk mengetahui saya mengandung berapa minggu.

Awal kehamilan sangat mencabar di bulan puasa. Allah sahaja yang tahu keadaan saya. Penat jangan cakap. Bau masakan pun tak boleh. Kesian suami pagi2 bangun buat sahur untuk diri dia. Saya nak sentuh ikan jauh sekali. Bau semacam.

Bila mandi pula, bau sabun sangat busuk walhal sabun tu masa beli wangi. Buat masa ini pakai sabun mandi yang ketul tu dan buat masa ni boleh tahan lagi lah. Bila berus gigi, ubat gigi yang saya pakai tu rasa macam tak sedap sangat. Terus loya. Kalau nak gosok gigi, mesti gosok laju-laju. Rasanya tak sampai 20 - 30 saat dah cuci mulut. Eeee.. Tak sedapnya.

Alahan saya ni macam ibu saya dulu. Dia cakap 4 bulan dia mandi tak pakai sabun and gosok gigi tak boleh pakai ubat gigi. Huhu, sekarang turun dekat saya. Tapi saya pakai sabun laju-laju dan gosok gigi laju-laju.

Kemudian, baju yang basuh letak pewangi pun saya rasa semuanya busuk. Sekarang basuh baju saya tak letak pewangi langsung. Huh, beratkan?

Saya takut nak raya nanti saya tak boleh nak tolong-tolong kat dapur cz mesti bau macam-macam. Kalaulah tak boleh, alamatnya saya tolong anyam ketupat jelah.

Suami pula sama. Penat semacam. Kalah saya yang mengandung ni. Tapi dia teruja sangat. Semua orang dia beritahu. Yang kelakar, dari semalam dah sibuk cari nama baby. Haha! Layankan sahaja.

Walau macam mana pun, apa yang penting saya mahukan kandungan saya membesar dengan sihat dan sempurna. Saya mahu kandungan saya sihat dan badan saya kuat untuk hari-hari mendatang sebab saya risau saya lemah sangat sekarang ni. Nak mengajar kalau tengahari tu memang setengah jam je terus stop. Suruh mereka buat nota atau latihan.

Ya Allah, peliaharalah kandunganku, sihatkanlah tubuh badanku, kesihatanku. Jauhkanlah segala perkara yang tidak diingini. Amin...

Till then, tata...


5 comments:

elea mustafa said...

congratulation noli..!!!very2 happy for u..take good care of yourself..semoga baby n moms-to-be ni dikurniakan kesihatan yang sempurna...Aminn :))

Uchi kay-f @hmad said...

dah mengandung dah! tahniah..

Lia3003 said...

elia & kf : terima kasih manyak2

♥ shiMawar ♥ said...

congrats dear! :)

Lia3003 said...

maceh shima