Sunday, July 3, 2011

[Wedding] Orange & White theme

Assalamualaikum..

Besok genap sebulan kami bernikah. Sekejap saja masa berlalu. Masih dalam mood pengantin baru. Hidup sekarang terisi. Balik kerja ada juga tempat nak mengadu. Semualah. Nak rasa macam mana, kau khawin lah cepat2.

Walaupun dah hampir sebulan kami khawin, tapi saya tak sempat nak update entry wedding kerana kesuntukan masa. Masa nak update ni, saya cakap dengan suami:

Buat cerita ni, mana tau dah besar anak2 boleh baca.. [berangan]

Ingat senang nak khawin pilih je warna apa yang suka dan cantik, rupanya susah. Last sekali, kami decide nak warna oren putih. And baju pengantin yang saya pakai tu adalah yang baru. Saya orang first pakai sebab baju pengantin yang sedia ada dari mak andam tak cantik. Eh, cantik.. tapi tak menepati cita rasa.

Cuma, saya kurang puas hari dengan tudung yang mak andam sediakan. Saya nak warna oren sama dengan baju atau kain, tapi masa hari kejadian warna lari. Rasa kecewa gila. Nak cakap tak puas hati warna tu dah terlambat. Maka, pasrah.


Ini sejurus selepas make up. Terima kasih kepada Ruby's Family and Faralinda juga emaknya sebab datang. Dorang ni rajin pergi event kawan2. Rubi dah ada dua anak, fara bakal jadi isteri orang.


Ini dengan ibu. Gambar dengan ayah tak sempat sebab masa tu kelam-kabut nak naik pelamin cz pengantin lelaki dah nak sampai. P/s: saya dengan ibu sama tinggi sebenarnya.. =p


Ini dengan adik perempuan merangkap fotografer yang tak bertauliah saya. Dia pandai ambil gambar. Tantek!


Oh ye, pusing semula. Ini bos saya. Sangat tak sangka dia datang. Terima kasih tidak terhingga kepada beliau dengan suaminya.


Mereka merupakan kawan adik lelaki saya. Sebelah kiri pernah jumpa dan yang lain tak pernah jumpa. Thanks kerana sudi meraikan kami.


Kanak-kanak ini pula merupakan student suami di Permas. Mereka datang ramai2. Memang kecoh gak masa dorang datang. Gambar yang lain tak sempat ambil. Dalam facebook dorang ada gambar, tapi tak kan saya nak curi pakai pula. Tak sopan hokey!


Kawan masa sekolah. Elia & Najiha. Ilya sanggup datang ke rumah saya malam sebelum nikah, tolong buat sirih junjung. Jasamu dikenang. Akan datang saya tolong pula. Insyaallah.

Sebelum terlupa, lupa nak kenalkan pengapit kami.

Aliff, abang ipar suami merangkap biras saya

Farahin, merangkap sepupu saya

Tolong kipas pengantin yang sangat kepanasan

Itu sahaja gambar untuk entry ini. Nanti gambar lain akan di upload secara gelojoh di blog ini. Lagi gambar oren putih saya di sini. Selamat melihat.

Till then, tata...

No comments: