Tuesday, July 12, 2011

Today is Tuesday

Assalamualaikum.

Hari ni hari Selasa, esok hari Rabu dan seterusnya. Hm, lama lagi nak cuti hujung minggu. Dah lama tak cuti hujung minggu dengan aman. Setiap hari Sabtu je mesti ada aktiviti. Rasanya dah straight 3 minggu hari Sabtu ada aktiviti. Ingat kitorang robot? Nasib baik Sabtu minggu ni takde aktiviti. Alahaiii...

Sekarang ni dah duduk menyewa dengan suami. Hari Ahad lepas baru selesai angkat barang dari Kota Tinggi bawa ke rumah sewa. Penuh 1 van. Segala jenis hadiah juga telah selamat diangkut. Kira dah complete juga isi dalam rumah tu. Cuma tinggal untuk dikemas.

Sekarang ni hari bekerja nak kemas barang takde maknanya. Asik balik lewat je. Paling lewat kol5. Itu baru habis keje. Nak sampai rumah dalam jam 5.30. Kalau jem sampai lah kol6 agaknya. Tulah lumrah duduk bandar. Padahal jarak rumah ke tempat kerja dalam 10km je.

Hm, kalau cakap pasal kerja sampai bila pun tak habis. Habisnya pun mungkin selepas pencen nanti. Oh! Ada lagi 33 tahun untuk saya pencen. Gilakan sekarang dah sibuk fikir nak pencen? Kerja tak sampai 2 tahun lagi.

Hari ini, rasa macam free pula nak menulis panjang-panjang. Rasa macam rajin, padahal waktu kerja sekarang ni, Haha.

Baiklah, next two weeks saya akan pergi kursus induksi. Orang lain yang sama batch masuk dah berzaman pergi induksi, saya baru terkial-kial nak pergi. Sebelum pergi induksi, kena siapkan esei sepanjang 5 muka surat dulu. Alah, 5 muka surat je kan. Kacang je. Cuba kau buat! Kompom termanggu-manggu. Saya dah berzaman tak buat karangan. Maka, sampai sekarang saya belum buat lagi esei tu.

Dan yang paling beruntungnya tajuk esei saya hampir sama dengan tajuk esei suami. Maka, saya boleh copy and paste je. Lagipun, saya juga yang buatkan. Cuma saya perlu ubah isi sedikit sebab kan dah cakap tadi soalan hampir sama, bukan sebijik sama.

Part paling tak bestnya pula ialah suami kursus di luar Johor (Malacca) tapi saya dalam Johor. Apakah sungguh tak class dalam Johor. Nak jugak pergi kursus jauh-jauh. Maka, saya akan pergi kursus selama 3 hari. Tinggal suami sorang2 kat rumah. Kehkeh. Tulah, siapa suruh tinggal bini masa kursus hari tu.

Habis cerita pasal kursus. Semalam tetiba laki bini ini terorder pizza jam 10.15 malam. Sorry, isteri tak masak. Huhu!

Azam saya adalah untuk masak. Tapi, saya tak pandai nak mempelbagaikan masakan. Balik-balik masak merah, masak kicap. Kalau bukan ayam, ikan. Fuh! Nak surf internet tengok resepi pun tak sempat. Tak sempat kau kata? Blogging, facebooking sempat pulak.

Rasanya cukuplah untuk saya bebel kat sini. Saya nak pergi menunaikan tanggungjawab saya..

Till then, tata...

2 comments:

~AmyLiana8886~ said...

hai lia..lama xsinggah sini..harap lia sihat..hehe

Lia3003 said...

hai amy... sihat je.. lama gak x jln blog amy