Sunday, July 3, 2011

[Pasca Wedding] Majlis Kesyukuran / Sambut Menantu

Majlis kesyukuran ini dibuat pada tarikh 10 Jun 2011/Jumaat. Kalau tak, buat 9 Jun tapi sebab hari Khamis, maka dianjakkan ke hari Jumaat atas sebab2 tertentu. Oh ye, rasanya saya tak pernah mention suami orang mana. Dia orang Kelantan dan sekarang bekerja di Johor. Sebab tulah kami jumpa sebab dia kerja di Johor.

Kat sana kami disediakan homestay di tepi sungai. Kira resort juga sebab bentuk dia macam resort. Pemandangan di situ sangat cantik dan sebab lain daripada lain, sepupu-sepupu saya yang baru nak up ini sangat jakun. Risau juga kalau dorang ni jatuh sungai.

Wakil pihak perempuan ke sini ialah Pak Anjang sekeluarga, Mak Long & Abang Herul sekeluarga, Wahida, Atok. Juga ibu, adik Ira, Faizuddin juga abang Faisal. Sikit je yang dapat pergi. Lebih kurang 20 orang juga lah. Malas aku nak kira.

Sebenarnya ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kelantan. Ramai terperanjat tapi itu adalah hakikat. Buat apa suka-suka nak datang Kelantan semata-mata ikut tunang ye dok? Manis ke belum sah lagi dah bawa tunang tidur rumah or what. Please, itu bukan saya. Tapi kawan-kawan saya ada je yang bangga cerita tunang tidur rumah. Eh, malunya saya dengar.

Now, lets look at the pictures..

Gambar 1

Gambar 2

Ini merupakan gambar pura-pura, Pandai sungguh depa berlakon. Makcik pakai baju merah tu sebenarnya belum mandi lagi masa ni. Kahkah! Saya nak adik saya ambil gambar macam gambar 1 tapi bila dia ambil, jadi macam gambar 2. Argh! Tensionan hamba.


Gambar seterusnya adalah merupakan kanak-kanak yang jakon. Dorang ni asik main kat titi je.


Kemudian, main korek-korek tanah tu. Tak tahulah apa yang dorang curious sangat sampai nak korek. Yang saya tahu ada ikan tembakul kat situ. Kalau tak tahu ikan apa tu dinasihatkan supaya tengok cerita Batu Belah Batu Bertangkup.


Masa dorang korek-korek tulah, salah sorang jatuh ke bawah. Adeh! Dahlah kayu banyak and tajam-tajam. Saya hanya mampu tergamam melihat dia. Kesian, tulah. Taknak dengar cakap orang tua [bukan aku].


Actually gambar di atas adalah waktu pagi. Masa matahari nak terbit. Tapi sebab setting camera, maka jadi seperti matahari mahu tenggelam terbenam. Saya nak adik saya ini ambil gambar seperti di atas. Tapi tak jadi gak, cuba lagi gambar masih kurang memuaskan. Malas nak masukkan, wat sakit hati je. (T___T)

Till then, tata..

2 comments:

CtiE zAr said...

Yeah kite serupa..pestime jejak kaki ke kedah time majlis bertandang..pestime jumpa mak n pak mertua di majlis tunang iaitu 3bulan sblm nikah..sangat jakun pertama kali aku berdiri di depan rumah mertua..tu kenangan 5taun lepas..:)

Lia3003 said...

yeke? serupa lah.. masa nak nikah dulu, ramai first time jumpa