Monday, August 1, 2011

[Pasca Wedding] Gambar Khawin & Outdoor Photoshoot

Baiklah, kalau rasa boring jangan baca/tengok/lihat/intai. Hehe.. Bukan apa, its almost 2 months we became husband and wife. And, sebenarnya ada lagi benda tak settle pasal photographer kami.

And beberapa hari lepas, semuanya selesai. Selesai sudah bisnes kami dengan fotografer kami. Ya, saya rasa sangat susah untuk memfahamkan fotografer apa yang kami mahu.

Di awal pertemuan, sehari selepas tunang kami berjumpa dengan photographer tu. Antara perjanjian lisan yang kami ingat:

  • Masa nikah and majlis khawin, ada dua fotografer dia cakap sebab nak buat sorang memang tak sempat
  • Masa outdoor nanti, akan lebih dua fotografer sebab dia nak ajar orang baru dalam bidang ni untuk ambil gambar.
  • Nanti bila dah siap sepenuhnya, gambar-gambar yang jadi ke, tak jadi ke, atau semua sekali gambar dalam kamera yang ada masa tu akan diambil semua sekali dan diburn dalam CD tanpa dibuang walau 1 pun!

Ok, fine.. Kami pun setuju. Itu antara apa yang saya ingatlah. My fotografer sangat banyak cakap sampai kami nak mencelah pun x boleh rasanya. Nasib baik tunang saya *masa tu* pandai mencelah sebab dia pun cerewet sangat-sangat.

Maka di hari wedding, :
  • Fotographer dia datang seorang sahaja. Ya, seorang. Bukan dua seperti yang dia janjikan. Saya diam sahaja. Biarkan dia dengan tugasnya.
  • Masa habis akad, satu pun takde gambar kami sekeluarga, sebelah mertua, saudara-mara sebab dia dah hilang. My cousin tanya "mana fotografer?", saya melilau cari. Eh dah takde.
  • Masa balik rumah, tengok dia tengah makan. Saya tak marah dia nak makan, tapi bayangkanlah, kenangan tu.
  • Gambar dengan suami selepas akad takde langsung, apatah lagi di pelamin. Oh!
  • Masa saya kena solek, saya yang mesej " Encik taknak ambil gambar saya kat bilik ke?". Baru dia datang. Tapi, saya tak benarkan dia ambil gambar sebab saya tak bertudung masa tu.
  • Masa sanding di pelamin, asik buat gaya yang sama *di mana sampai sekarang kalau tengok gambar tu buat kami gelak*. Gaya tangan ke depan pegang bunga kemudian pegang keris tapi dari angle yang berlainan. Kelakar bagi kami.
  • Masa gambar di bilik, kami yang memang malu-malu kucing ni tak tahu nak buat gaya apa, lalu bertanya nak buat gaya apa. Dia siap buka handphone suruh buat gaya dalam handphone. Eh, tak kan takde idea nak buat gaya apa.

Selepas habis semuanya, suami saya meluahkan rasa tidak puas hati pada saya. Ingat suami je yang tak puas hati, rupanya mak andam pun sama. Dia cakap nak tegur tak boleh sebab bukan dalam pakej dia.

Kemudian, husband saya cakap masa outdoor kita buat gaya sendiri sebab fotografer macam lack of idea. Maka, masa outdoor.. kami buat gaya kami sendiri. Dari gaya syok sendiri, gaya gatal, gaya gedik as long as we satisfy.

Outdoor photoshoot:
  • Nasib baik tunaikan janji apa yang dia cakap tu. Walaupun dia and anak dia je yang ambil gambar, tapi saya puas hati lah.

Dalam 2 jam juga kami bergambar sampai kami yang cakap dengan mereka suruh stop sebab dah tak larat dan penat serta panas. Bukan panas matahari, tapi panas baju yang dipakai.Luckily, bila cuaca masa tu tak panas. Tenang sahaja. Tapi pakai baju tu memang basah ketiak. Rasa mengalir peluh2. Muka husband dah merah. Pakcik tu mana boleh panas. Sekejap je jadi udang bakar.

So, inilah hasilnya.

Outdoor di Hutan Bandar Mutiara Rini Skudai

Ini lepas di edit, sebenarnya takde matahari kat belakang tu












Ini gambar last, baling bunga. Ada beratus gambar dan perlu ke saya masukkan semuanya? Masa ni memang dah tak larat. Rasa nak buka semua apa yang saya pakai. Banjir peluh.

Di bawah hasil edit beliau. Kami taknak edit yang melampau-lampau. Kami nak yang simple and tak crowded. Beberapa kali kami ingatkan dia apa yang kami nak. Siap tunjuk contoh gambar2 edit yang kami nak. Dan hasilnya Alhamdulillah. Dapat apa yang kami nak.

Nikah

Sanding

Outdoor


Bagaimanapun, bekerjasama dengan fotografer rasanya OK. Cuma dia tak tunaikan sedikit apa yang kami mahu. Contohnya, dia dah janji nak bagi SEMUA gambar khawin sama ada jadi atau tidak sebab itu hak kami.

Masa dapat CD tu, kami ingatkan semua ada. Kami tanya semua ada tak? Dia kata dah delete, nak jugak ke?? Eh, tanya kami pula. Dah janji macam tu. Mestilah nak.

Balik rumah tengok CD, terus suami telefon cakap tak puas hati. Terperanjat dia. Sebab apa tak puas hati?? Sebab apa yang dia cuci dalam album itulah gambar dalam CD. Tak ke kelakar? Kita nak yang takde dalam album. Apakah?

Dah fotografer buat kerja banyak kali. Hari tu dah janji kena tepati dan seminggu kemudian baru dapat yang betul2 punya. Banyak rupanya gambar kami. Outdoor je 200++ gambar berbanding CD yang dia bagi dulu 81 keping je. Gambar wedding pun banyak. Baru puas hati.

Saya rasa kamilah pelanggan paling cerewet sebab macam2 kitorang nak. Oh ye, dalam CD tu ada video khawin. Bila kami tengok, kami suami isteri tergelak2. Suami terus pening kepala suruh tutup. Biarlah, malas nak tengok. Takde pun xpe rasanya. Siap ada lagu ala-ala hindustan lagi.

Walau macam mana sekali pun, customer is always right. Ni namanya berniaga. Hak pelanggan mesti dijaga sebab pelanggan membayar untuk mereka buat benda ni. Bukan free hokey!

Bagaimanapun, ini pengalaman buat kami. Tq pada fotografer sebab bersabar melayan kemahuan kami. Mesti dia tarik nafas lega bila dah selesai urusan dengan kami. By the way, my fotografer seorang yang punctual. Dia datang awal pagi. Terima kasih.

Till then, tata..

Selamat Berpuasa Kawan-kawan!

4 responding variables:

Liz said...

aku pon jadik cuak bile dengar status ko aritu smpai hire 2 photographer. skarang jadik takot jugak sbb takot kene tipu..ahaha

Lia3003 said...

Liz:hm, ambil yang betul2 pro.. jangan pandai yang cakap 'manis di mulut' tapi hampeh.. btw, bukan hire 2 photographer, dia yang cakap akan datang 2 orang.. =(

Uchi kay-f @hmad said...

emm menarik dan interesting cikgu,pndi yg shoot n edit ni..

Lia3003 said...

tq kf

Template by:

Free Blog Templates