Saturday, July 2, 2011

[Movie] Transformer


Hari ini saya nak buat review pula pasal Transformer yang baru keluar. Tak terlintas nak pergi tengok pun, tapi bila husband ajak pergi. Maka peluang jangan dilepaskan.

Kami pergi pada waktu malam. Sebelum masuk wayang, pasang niat supaya jangan tertidur lagi macam hari tu. Maklumlah, masa KL Gangster saya blur. So, jadi mengantuk.

Sebelum pergi tengok movie, siangnya saya ada kerja dan balik kerja lambat. Husband pula baru balik dari Melaka.

Masuk dalam dewan je, excited sebab maklumlah first time tengok movie 3D. Agak jakun. Jadi, bila tiket dah mahal, jangan sia2kan duit tiket dengan tidur.


Straight to the point. At the beginning cerita agak menarik kerana terdapat unsur humor. Kemudian adalah aksi2 best kan.

Malangnya, bila tiba pertengahan cerita, saya rasa macam hambar je. Agak slow jalan ceritanya dan bagi saya agak membosankan. Bila dah bosan, mata buat hal. Terus tertidur. Kali ni banyak kali tersedar gak lah, tapi tertidur semula. Bila suami tanya ngantuk ke? Saya cakap, eh mana ada. Haha. Last memang tertidur betul. Tak tahu berapa lama.

Kemudian, tiba satu part saya tersedar bila ada sound effect dia yang kuat. Terperanjat terus terbangun. Tengok sebelah, laaaa... husband saya pun tertidur. Kah kah. Kesian kami.

Bila dah tersedar tu, saya x sabar nak tunggu cerita habis. Lama giler dalam tu. Dan di akhir cerita terdapat peperangan antara robot. Kalau kau tengok, ada je part yang tak logik.

Contoh part robot tembak secara random kat orang awam. Bila hero lari2 di kawasan kena tembak, tak kena langsung peluru kat dia yang bertubi-tubi keluar. Biasalah, hero mana boleh mati.

Btw, masa dia berperang telah buatkan mata saya bulat sebab sangat best. Kesimpulannya, jangan tengok movie masa penat. Eh, takde kait-mengait. Saya bagi 3/5 bintanglah sebab pertengahan saya tak tahu jalan cerita macam mana.

Entry kali ini memang tunggang langgang. Sebelum habis, saya nak tunjuk Bumblebee yang saya jumpa di jalanan.


Till then, tata...

3 comments:

KRL kaprileader said...

ni power pny bumblebee ni!

Aujinz said...

memang lama dalam panggung wwayang tengok citer tue.. dah laa berejam pakai cermin mata tue..

keluar panggung jln mcm org mabuk.. khahahaha

Lia3003 said...

KRL: ye betul tu

Aujinz: betul2.. aujinz tgk gak ek