Thursday, July 28, 2011

Induksi

Baru balik kursus induksi.
Harap lulus periksa ini.
Taknak repeat2.

Paling best bila kelim tak lepas duit minyak and plaza tol pergi balik. Bulan lepas pergi kursus kat Skudai je, masih dalam area JB pun dapat dekat nak RM100. Tapi ni keluar daerah, keluar daerah OK! Bukan jalan kaki depan rumah then dapat kelim cuma RM50 lebih sikit je. RM55 pun tak sampai. Rasa macam sadis sangat.


Dalam hal ni saya nak salahkan cikgu-cikgu yang kaya raya dan angkuh kerana sebab koranglah aku dan kawan2 yang tak berduit ni kena naik kereta. Bila naik kereta dapat kelim ciput je. Elok2 JPN nak bagi naik bus korang sombong taknak naik bus. Taknak angkat tangan masa ditanya dulu. Taulah kaya. Rasakan kelim yang akan dapat nanti. Sama-sama makan hati berulam belacan. (-,-")

Esok jumpa budak lagi.
Ikut hati nak cuti terus.
Apakan daya.
Wahai hati, tabahlah!
Sekian.

Till then, tata...

No comments: