Monday, June 27, 2011

[Wedding] My Solemnization

On 4th Jun 2011 adalah tarikh pernikahan saya. Majlis saya sehari sahaja. Tiada malam berinai, tiada khatam quran. Simple dan janji lepas yang wajib.

Pagi2 bangun tidur terfikir, eh betul ke aku nak khawin ni? Masa Mak Andam solek pun, saya masih tak rasa apa2. Mak Andam siap tanya, berdebar x? Saya jawab belum rasa lagi.

Over kan bulu mata?
Tak tahu kenapa Mak Andam ini suka bagi yang lentik2 punya.

Baiklah, sebelum majlis pernikahan Tok Imam sudah pesan supaya nikah kat rumah sahaja. Dia tak mahu sesuatu yang tak best berlaku. Contoh macam salah faham dengan AJK masjid. Tapi, ayah saya telah berusaha supaya majlis ini dilakukan di masjid dan Alhamdulillah kami bernikah di masjid.

Dalam perjalan ke masjid [belakang rumah, jalan kaki je], baru rasa cuak. Rasa macam nak meletup-letup jantung. Sampai Mak Anjang cakap rilex, rilex. Hm, semua jadi tak kena. Jalan rasa dah macam terkengkang-kengkang. Punyalah nak control perasaaan gemuruh tu.

Sampai di masjid tengok bakal suami dah ada. Salam-salam dengan family dia dan terus masuk ke masjid.

Sebelum akad nikah, Tok Imam tanya "Noor Liyana binti ******, setuju atau tidak kamu bernikah dengan Muhammad Zamri bin *****". Saya senyum je. Kang tetiba saya jawab tak haru pulak jadinya. Saya pun mengangguk. Setuju lah tu..


Ok, mengaku.. masa ini saya duduk serba tak kena. Lagi rasa macam tak sopan bila bakal suami masa tu duduk sebelah. Tu yang terseyum sumbing. Saya langsung tak pandang muka dia.


Bila semua sudah sedia, upacara berlangsung. Di Johor upacara nikah sangat panjang kerana mengikut modul Keluarga Sakinah. Saya tak pasti modul ke apa. Tapi siap ada sumpah laknat. Eh, sumpah laknat ke? Saya pun tak tahu. But lama jugaklah.

Dengan 1 akad je, saya sah jadi isteri kepada suami. Keh keh. Macam keretapi express suami masa akad tu. Laju bebenar. Saya pun blur dan terus dengar sah, sah, sah. Eh, sekejapnya. Tak sempat nak nervous.


Selepas akad, ada lagi prosedur2nya. Saya pun lupa. Kemudian, mas khawin pun diberi. Kena salam tangan suami. Masa salam, tangan suami sejuk sangat. Darah gemuruh agaknya. Maka selesailah upacara akad nikah untuk kali pertama dan harap yang terakhir bagi saya dan suami.



Ya Allah, rahmatilah rumahtangga yang kami bina dan juga kurniakanlah kebahagiaan yang berkekalan untuk kami. Jauhkanlah kami dari godaan syaitan. Jadikanlah kami seorang hamba yang sentiasa bersyukur di atas pemberianmu Ya Allah. Amin.

Till then, tata...

p/s: Layak ke tajuk My Solemnization letak bawah Wedding. Ada kait-mengait tak?

4 comments:

mamai said...

semoga bahagis selalu...manis sungguh

Lia3003 said...

mamai: amin

princess ain ♥ said...

amin!!! kak noli comey sgt ngan bju pengantin..berseri2!!! =)

Lia3003 said...

alamak ain, tu bukan baju pengantin, tu baju nikah.. hehe