Wednesday, May 25, 2011

[Tutorial] Cara mengubah bunga untuk hantarn

Hari ini tiba-tiba mimpi nak buat tutorial. Tak pernah buat tutorial tapi hari ini terbuang tebiat sikit. Memandangkan sekarang saya sedang buat persiapan untuk majlis saya kelak, saya nak tunjuk sedikit cara nak buat gubahan bunga.

Perlu diingatkan, hasil gubahan saya ini bukan tahap expert kerana ini pertama kali nak gubah bunga. Jadi, cantik atau tak cantik adalah sukahati saya. Kalau nak lagi cantik, kau beli lah bunga yang warna dia mencapub sikit. Mesti meletup. Gubahan ini di ajar oleh sepupu saya.

Baiklah. Mari kita teruskan ya murid-murid.


Mula-mula potong reben ikut panjang mana yang korang nak. Tapi jangan panjang sangat. Agak2 bila dah banyak reben korang potong, stop dulu. Jangan membazir.


Kemudian, amik 1 reben dan lipat dua. Letakkan dawai di tengah-tengah lipatan. Jangan gunakan dawai yang tebal sangat. Paling ok dawai SWG 30. Bila dah letak dawai d tengah-tengah, lilitkan ia dengan pelilit.


Buat banyak-banyak terus supaya korang tak membuang masa buat kerja satu-satu. Bila dah siap, pergi ke langkah seterusnya,


Gabungkan warna reben yang berlainan tadi seperti di atas. Lilitkan dengan pelilit. Warna ikut sukahati korang. Jangan ikut warna saya pula.


Buat banyak-banyak terus seperti di atas supaya tidak membuang masa korang. Buat ini memerlukan ketelitian. Macam kelakar pula bila saya cakap pasal teliti cz saya bukanlah seorang yang teliti malah ganas.

Sekarang sambung ke part seterusnya.


Ambil 3 reben yang telah diikat tadi. Means kat situ ada 6 reben tapi bila dah combine, jadi 3 reben. Faham tak? Jika tidak faham sila scroll up semula. Letakkan reben-reben tersebut di bawah bunga dan ikatkan dengan pelilit. Di sini banyak menggunakan pelilit. Maka, sila sediakan pelilit yang mencukupi.


Selepas itu, ambil bunga kecil yang berlainan warna dan letakkan di mana-mana yang korang rasa cantik. Kalau saya, saya letak di belakang bunga yang besar tadi. Seperti biasa, lilitkan ia dengan pelilit lagi. Kalau dah expert, guna sikit pelilit pun dah jadi.


Tadaa.. dah siap dah pun. Kalau rasa nak letak daun di bunga tersebut, letaklah sendiri. Cuma nak lagi cantik letak daun warna emas / gold. Depend on you. Kalau rasa letak daun hijau tak cantik, jangan letak di gubahan seterusnya. Yelah, takkan kau dah letak daun lepastu tengok tak cantik and then nak cabut semula. Jangan buat kerja yang membuang masa. [bagi saya letak daun hijau seperti di atas amat tidak sesuai, maka saya buang daun itu untuk gubahan seterusnya]


Kalau nak lagi kreatif, letaklah dua bunga besar and banyakkan bunga kecil banyak sikit. Semua bergantung pada kreativiti korang.

Sekian tutorial yang agak so-so dari saya. Actually amat tidak berpuashati dengan warna yang saya gunakan. =(

Till then, tata...

0 responding variables:

Template by:

Free Blog Templates