Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru: Tugas guru memang berat! Hakikat!

Assalamualaikum.

Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu seluruh Malaysia. Juga bagi diri saya. Sambutan Hari Guru akan disambut pada hari Isnin nanti. Mesti banyak sambutan dan acara yang best2 masa Hari Guru nanti kan?

Syoknyerrrr...

Baiklah, ramai orang cakap kerja cikgu senang. Contoh ayat-ayat yang sering saya dengar mengenai kerjaya guru ini:

  1. Cuti banyak. Akhir tahun cuti sebulan lebih. Gaji jalan. [Ya, sangat syok. Gaji jalan tanpa kerja!]
  2. Balik sekolah awal. Tengahari dah boleh balik rumah.
  3. Ala.. nak jadi cikgu senang je. Mohon confirm dapat.
  4. Kerja cikgu biasa je. Tak sehebat kerja orang kat pejabat.
  5. Cikgu banyak masa kat rumah.

Hakikatnya:

  1. Memang patut dapat cuti banyak. Sebab apa? Sebab golongan kami datang kerja sebelum matahari terbit lagi. Tanya tempat lain, ada kerja masuk pukul 7.15? [tidak termasuk Sabah Sarawak]. Kemudian, habis waktu sekolah, ada banyak benda kena buat terutamanya kerja pengkeranian/pentadbiran/kerja-kerja tertangguh yang tak boleh nak buat masa waktu persekolahan. Balik lewat petang. Kalau kira, lebih 8 jam kami kerja. Orang lain, cukup 8 jam boleh balik terus.
  2. Orang lain balik kerja, duduk kat rumah rehat. Kami balik rumah tanda buku. Satu kelas ada lebih kurang 35 orang. Baru satu kelas, kalau 10 kelas ajar?
  3. Senang ke nak mohon jadi cikgu? Cuba kau mohon DPLI, KPLI. Kalau ada rezeki, dapatlah. But, kebanyakan yang mohon berapa kali baru dapat. Yang paling sedih, bila dah habis belajar kat U kemudian cari kerja tak dapat2, last choice ialah GURU! Apakah? Saya pernah dengar luahan hati seorang guru. Dia cakap sendiri dengan saya "Akak ni sebenarnya tak nak jadi cikgu, tapi sebab takde kerja terpaksa ambil cikgu". Macam hina sangat kerja ni sampai dijadikan LAST CHOICE.
  4. Kerja cikgu biasa je? Siapa kata, kerja cikgu lah paling banyak buang lemak/kalori. Sebab, hari-hari memanjat tangga, berjalan ke kelas-kelas. Sampai berminyak muka, rambut terkeluar, muka serabut. Bila tengahari, masing-masing dah toye dan tak larat. Kalau kerja office, duduk dalam aircond. Tak ke heaven?
  5. Ya, banyak masa ketika cuti yang sangat panjang. Hari biasa duduk rumah fikir pasal sekolah. Kalau bernasib baik, masuk dalam mimpi. Aduh!

Sedar tidak hakikatnya?


Saya yakin, hanya para guru yang amat memahami situasi keadaan di atas. Ya, tak dinafikan kalau elektrik kat sekolah bermasalah, cikgu yang kena buat. Budak conteng2 dinding, cikgu yang kena cat semula dinding yang diconteng. Sekolah kurang cantik, cikgu kena tolong hias bagi cantik. Hakikat ok!


Ok, gambar ini pulak. Zaman dulu, result jatuh anak yang kena marah. Zaman sekarang, semua salah cikgu. Result tak ok, cikgu salah. Budak tak pandai cikgu salah. Budak jahat pun cikgu salah! Sekarang ni, nak rotan pun x boleh. Sikit-sikit nak saman. Sangat annoying keadaan sekarang. That's why budak makin naik lemak. Kadang-kadang, budak buat salah. Memang patut kena marah dengan cikgu. Kemudian, budah tak puas hati, balik rumah cerita kat parent putar belitkan cerita. Besok parent terus serang sekolah.

Parents sekarang ini pun, lebih percayakan anak dari guru. Selidik dulu baru selesaikan. Hakikat yang saya nampak sekarang ini, budak-budak depan parents bagai pijak semut tak mati.


Mengenai gambar di atas ini, perlu diingat Nobody's Perfect! Parents always keep on complaining that teachers are not good in English and their child do not understand what teacher teach. Ok, memang! Cikgu sains dan matematik bukan cikgu English. Hakikat! Kelakar bila kena complain kita ajar dalam BM, tetapi bila mark/tanda buku pelajar English mereka sangat teruk. Tak sedar juga kekurangan diri sendiri.

Di atas hanyalah pengalaman saya dan juga hakikat yang kami alami. Bagaimanapun, saya tahu semua kerja tidak mudah. Semua kerja susah. Cuma saya nak kerja kami dihormati. Jangan selalu cari kesalahan guru. Tidak mudah tugas kami.

Itu di sisi hakikat. But, after this keseronokan. Keseronokan kadang-kadang melebihi kesedihan dan kepenatan. Cuma apabila kesedihan dan kepenatan dialami, ia akan mengatasi keseronokan yang satu itu.


Dulu masa praktikal di SLISS, saya dan Maria [best friend] dapat buah tembikai. Kalau ada gambar boleh tunjuk di sini tapi gambar tak dapat dikesan. Buah tembikai besar itu kami balik bawa motor. Peganglah Maria buah tembikau tersebut di belakang sambil saya merempit bawa motor.


Ada juga yang suka loya buruk. Contoh: Masa buat aktiviti "Properties of Carbon Dioxide". Saya sediakan Lime Water then suruh mereka hembus Lime Water dengan mulut. Then, air tersebut jadi keruh. Saya tanya, apa yang kamu lihat? Seorang menjawab " jadi air 100 plus cikgu". Argh!!


Saya pernah juga mengajar PJ. PJ pada waktu panas terik iaitu jam 2.30 petang kalau tak silap. Masa tu jangan cakap, memang terik giler. Tidak dinafikan, saya pakai baju kurung je masa tu then duduk di tempat redup perhatikan mereka dari situ. Hehe~

Macam-macam ragam student saya yang kadang-kadang bila balik rumah, saya tersenyum sorang-sorang. Seronok, tapi kalau saya dah marah memang tahap hilang akal punya.





Kalau pernah baca entry-entry saya yang lepas, banyak juga saya tulis mengenai ragam student saya. Ada yang geram, ada yang kelakar.

Di akhir kata.. "Selamat Hari Guru".

Sambutan untuk hari guru sekolah saya besok ialah sambutan bertema ala Bollywood. Temanya ialah "PUNJABI". Tak sabar nak tengok mereka-mereka bergaya dengan baju tersebut. Saya dah beli, cuma rasanya baju saya tak sevouge cikgu-cikgu lain.

Till then, tata...

. : Sumber gambar dari facebook - Saya Suka Jadi Cikgu : .

4 comments:

Apple iPod touch said...

Selamat Hari Guru, Tanpa Guru kami tak bisa menulis ini!

Arief Arf said...

selamat hari guru!
rindu plak zaman skolah!
X)

fidahchomell said...

only a teacher understands a teacher...but i am glad to be one..seriously..and i'm sure u r too rite sis?no matter what they want to say about our career, we must always believe that our job is the amanah assign by yang Esa to the chosen one...n we are the chosen one to be a teacher..insya Allah, if we do it sincerely, we will be jutawan...not jutawan dunia but jutawan akhirat insya Allah...i always keep this in my mind...not everybody can be a teacher but we have been chosen by Allah to be a teacher...and let's do it sincerely and try our very best to make this career a first class career...because we have teacher's day but we don't have orang pejabat's day..that makes our job a first class job =) chill sis ~~

Lia3003 said...

Apple: tQ

Arief: saya pun rindu zaman sekolah

Kak Wan: ye kak wan, tQ atas nasihat.. sokong kata2 akak tu