Jadi, pada hari tersebut hampir semua cikgu bergaya dengan tema Bollywood. We should wear Baju Punjabi. Penat saya mencari baju tersebut kerana pada pandangan mata kasar saya tiada apa yang menarik melainkan bling2 yang banyak dan juga sulaman.
Bila dah dapat cari, balik rumah saya rendam sehari semalam. Haha, hasilnya warna baju turun ke seluar dan selendang dan menghasilkan tompok-tompok yang sangat hodoh. Jadi, saya terpaksa beli kain ela dan suruh ibu saya jahit seluar untuk dipakai. Malangnya bila seluar dah siap, seluar tersebut sempit di peha dan punggung. Dan nak tak nak kena pakai sebab tak sempat nak buat baru dan juga taknak susahkan ibu. Terima kasih ibu.
Gambar di pagi hari. Yang pakai baju grey dapat anugerah Guru Paling Bergaya. Ada juga cikgu yang pakai sari. Cute je dia pakai macam tu.
Gambar seterusnya ikut turutan di hari kejadian. Tak kan saya nak tulis satu persatu sebab kau sendiri tau selalu hari guru apa yang akan berlaku. Lainlah kalau kau tak pergi sekolah atau sekolah di luar negara.
Persembahan dari pelajar.
Kemudian acara sukaneka pula.
Saya rasa pelik dan aneh kenapa saya nampak rendah di sini. Sama tinggi dengan pelajar pulak tu.

Selepas berpanas dan berhujan, tiba masa untuk membelai perut yang kelaparan.

Masa makan di sini, saya rasa meja kitorang lah makan dengan paling bersopan santun dan berbudi pekerti. Sebabnya meja-meja lain ambil makanan penuh. Kami? Kami makan sikit-sikit. Habis makanan, ambil lain, habis makan ambil dan sebenarnya kalau diikutkan kami makan paling banyak. Asik menambah je. Sangat sedap wo. Serius makan kat situ puas hati.
Setelah puas makan untuk perut, ambil gambar dulu sebelum bersurai. By the way, Hari Guru tahun ini best.

Till then, tata...
2 comments:
meriah dan ceria sungguh cikgu yana iye..
ps:-seoul garden tu dimane ekk?
Saya meriah dan ceria? haha, actually seoul garden tu dekat KSL/KCL .. tak pasti, but tmptnya b4 sampai plaza pelangi. Nak pergi ke?
Post a Comment