Saturday, May 21, 2011

Sambutan Hari Guru

It is almost a week after "Teacher's Day" last 16th May. Seperti yang telah saya tulis di sini, sambutan di tempat saya adalah bertemakan ala Bollywood.

Jadi, pada hari tersebut hampir semua cikgu bergaya dengan tema Bollywood. We should wear Baju Punjabi. Penat saya mencari baju tersebut kerana pada pandangan mata kasar saya tiada apa yang menarik melainkan bling2 yang banyak dan juga sulaman.

Bila dah dapat cari, balik rumah saya rendam sehari semalam. Haha, hasilnya warna baju turun ke seluar dan selendang dan menghasilkan tompok-tompok yang sangat hodoh. Jadi, saya terpaksa beli kain ela dan suruh ibu saya jahit seluar untuk dipakai. Malangnya bila seluar dah siap, seluar tersebut sempit di peha dan punggung. Dan nak tak nak kena pakai sebab tak sempat nak buat baru dan juga taknak susahkan ibu. Terima kasih ibu.


Gambar di pagi hari. Yang pakai baju grey dapat anugerah Guru Paling Bergaya. Ada juga cikgu yang pakai sari. Cute je dia pakai macam tu.

Gambar seterusnya ikut turutan di hari kejadian. Tak kan saya nak tulis satu persatu sebab kau sendiri tau selalu hari guru apa yang akan berlaku. Lainlah kalau kau tak pergi sekolah atau sekolah di luar negara.


Baca ikrar dan nyanyi lagu.

Dapat hadiah dari bos.

Persembahan dari pelajar.

Live band

Persembahan Gendang 24


Sebab persembahan dorang best, cikgu-cikgu serbu mereka untuk bergambar. Malangnya, saya tak faham kenapa photographer saya ambil gambar begini. Tak penuh. =(

Kemudian acara sukaneka pula.

Bergambar dulu sebelum acara bermula. Sebenarnya saya upah pelajar ambil gambar. That's why gambar nampak macam gaya pengintip upahan.

Ya! Aku tau. HODOH.

Cikgu ni sama group dengan saya.
Comel giler main dan lari-lari dengan pakai sari.


Kenapa saya suka tunjuk peace?
Sebab saya tak tahu nak tunjuk apa dah.

Dengan sebahagian ahli kumpulan.

Saya rasa pelik dan aneh kenapa saya nampak rendah di sini. Sama tinggi dengan pelajar pulak tu.

Ini masa rebut kerusi. Tak sangka boleh menang rebut kerusi sebab masa sekolah dulu kalah je. Hari tersebut catat sejarah bahawasanya saya adalah "Champion of the Chair". Hoho..

Selepas berpanas dan berhujan, tiba masa untuk membelai perut yang kelaparan.


Kami makan di Restoran Seoul Garden di Korea, JB.


Masa makan di sini, saya rasa meja kitorang lah makan dengan paling bersopan santun dan berbudi pekerti. Sebabnya meja-meja lain ambil makanan penuh. Kami? Kami makan sikit-sikit. Habis makanan, ambil lain, habis makan ambil dan sebenarnya kalau diikutkan kami makan paling banyak. Asik menambah je. Sangat sedap wo. Serius makan kat situ puas hati.

Setelah puas makan untuk perut, ambil gambar dulu sebelum bersurai. By the way, Hari Guru tahun ini best.


Di pintu masuk Seoul Garden.

Till then, tata...

2 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

meriah dan ceria sungguh cikgu yana iye..

ps:-seoul garden tu dimane ekk?

Lia3003 said...

Saya meriah dan ceria? haha, actually seoul garden tu dekat KSL/KCL .. tak pasti, but tmptnya b4 sampai plaza pelangi. Nak pergi ke?