Monday, May 9, 2011

Pertunangan Sepupu Saya



Assalamualaikum. Rasanya belum terlambat lagi nak pos cerita ini. Cuma lambat 8 hari je pun. Kesibukan saya membuatkan hujung minggu saya tidak sempat membuka komputer apatah lagi nak menghadapnya.

Ini pertunangan sepupu yang sebaya dengan saya. Bertunang pada tarikh lahir dia yang sememangya setiap kali tarikh tersebut tiba, 1 Malaysia akan cuti. Betapa besarnya kuasa tarikh lahir dia pada Malaysia. Ala, cuti hari pekerja. Memang kena cuti pun. Hehe

Walaupun mak andam buat hal di saat2 akhir, tapi ada juga mak andam terjun yang jadi bidan terjun.


Total mak andam terjun adalah 3. Seorang tiada dalam gambar. Mak andam pun, janganlah tamak sangat nak amik job banyak tempat satu hari. Dan yang paling teruk, mak andam siap matikan handphone. Kalau saya di tempat dia, mahu terduduk sambil menangis.


Inilah sepupu saya.
Selamat Bertunang & Selamat Hari Lahir yang ke 25 tahun

Till then, tata

No comments: