Tuesday, May 10, 2011

Hamster ternakan saya

Assalamualaikum..

Sudah lama saya nak tulis mengenai hamster kesayangan saya ini. Sejak Bibi beranak 7 ekor. Tapi, bila nak menulis je, rasa macam tiba-tiba rasa tak best.

Cerita ini bukan untuk cerita pasal Bibi beranak 7. Itu cerita lama. Anak-anak beliau telah selamat beliau libas sampai mati, kemudian dimakannya. Ikut hati masa itu saya macam nak sembelih sahaja si Bibi, tapi sebab dia buat muka comel maka niat itu saya batalkan. Selain itu, saya juga menyerahkan anak-anak Bibi kepada ibu angkat lain kerana takut benda yang sama terjadi.

~Ini sangkar si Jantan~

Trauma beb tengok dia makan anak yang dah sihat, pandai berebut makan, lari sana sini, sihat tiba-tiba mati dimakan. Kemudian, pernah juga saya ingat anak hamster ini saja-saja tak nak bangun bila saya kacau dia. Saya gerak-gerakkan dia tiba-tiba dia jatuh ke bawah/atas habuk kayu. Bila saya tengok betul2, anak hamster ini lembik dibelasah Bibi. Badan dia semua berdarah. Oh!

~Ini sangkar si betina, mesti pink!~

Kerana geram, saya letak Bibi dengan Bubu dalam satu sangkar. Saya asingkan mereka sejak Bibi beranak 7. Saya tak nak Bibi beranak lagi. Cukuplah. Bila saya letak je, si Bubu terus lesing Bibi, kejar, tampar, cakar, gigit then saya nampak tangan Bibi berdarah. Banyak! Saya pula yang kejam waktu itu sebab sengaja letak mereka sama-sama. Niat hati nak ajar Bibi. Lupa, mereka tu binatang. Mana ada fikiran macam fikiran manusia. Cepat-cepat saya keluarkan Bibi supaya tidak menjadi mangsa pembunuhan seterusnya.

Sejak itu, saya terus tak campurkan mereka.

Bubu dengan anak hamster jantan. Duduk satu sangkar. Dah macam gay pula. Haha.

Bibi pula duduk dengan anak hamster betina yang comel lote.

Bibi sekarang dah tua. Sama juga dengan Bubu. I wish mereka boleh hidup bertahun-tahun lagi sebab saya sayang sangat mereka. Tapi, tahap hamster bila dah nak masuk setahun dah tua sangat dah tu. Sedih, lepas ini kalau Bubu dengan Bibi mati tinggal anak hamster 2 ekor tu. Kemudian, mereka juga akan pergi juga. Hmm...

~Antara jantan & betina, yang jantan lagi senang memberikan kerjasama untuk bergambar~

Nak saya satukan mereka semula or terus asingkan? Sampai sekarang saya tak berani nak satukan sebab takut pertumpahan darah berlaku. Jantan betina sama ganas dan sama kejam. Hm.....

Till then, tata...

5 comments:

IHSAN KHAIRIR said...

kalau tak silap, hamster ni binatang yang ada metabolisme yg sgt tinggi, maknanya kalau byk makanan, diorang akan bertenaga, so diorang kena cuba channel the energy somewhere. itu sebab kena ada roda utk diorang lari2 etc. mungkin kalau itu tak cukup, diorang akan agresif kot. kena byk minom air agaknya kasi bertenang sikit, heheh.

tapi biasalah, mcm manusia, pets ni ada perangai masing2. mungkin perangai Bibi tu mmg mcm tu, so kenalah terima sehendaknya :)

faizah---sweetcake johor said...

hua...nagis kalau tgok bibi mkn anak sndiri..tiba2 terfikir.camana la manusia yang buang anak tu.takde perasaan langsung!kesian bby kene gigit semut..sihk..ishk..

Scya Lollita said...

cik scya ada 2 ekor . tapi gumok cik scya hilang T.T

Arief Arf said...

comelnya!
tu la diorang memang suka jugak makan anak sendiri tak taw la kenapa..
tapi takpe la, population control kot.
ahahah

Lia3003 said...

ihsan: agaknya lah kot, kurang makan, tu dia makan anak..

Faizah: tau xpe... sedih je.

Syca: macam mana boleh hilang, orang culik ke

Arief : comel macam tuan dia..xde maknanya nak population control