Friday, May 13, 2011

Global warming

Umum tahu sejak akhir-akhir ini cuaca agak panas dan bahang. Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan ini. Buka kipas pun angin masih rasa panas walaupun di dalam air-cond. Air-cond pun tidak dapat menyejukkan udara sekeliling.

Naik kereta pula, air-cond dah kuat but still kepanasan. Rasanya majoriti sudah tahu sebab apakah? Sebab bumi dah tua. Macam-macam berlaku. Increase the Earth's temperature can cause global warming. Adakah ayat saya betul? Semua disebabkan manusia. Apa yang berlaku kat dunia ni semua salah manusia. Ada bantahan?


Itu cerita mengenai panas. Cerita mengenai hujan pula.

Bila hujan asyik turun je, ramai mengeluh. Semua aktiviti yang dirancang tak jadi. Baju tak kering, nak keluar tak boleh. Kemudian bila dah hujan berhari-hari banjir pula berlaku. Bila banjir berlaku macam-macam yang rosak. Kereta rumah tenggelam, barang-barang hancur, tanaman mati. Semualah.


Cuma, adakah kita sedar termasuk saya sendiri kita tak pernah bersyukur? Contoh, bila cuaca panas sangat kita akan cakap "Aduh, panasnya.. kenapa tak hujan ni?". Tapi bila asyik hujan je kita juga akan cakap "Asyik hujan je, nak keluar pun tak boleh". Ini contohlah. Banyak lagi contoh yang tak perlu dituliskan di sini.

Hakikatnya, manusia kurang rasa bersyukur dengan apa yang berlaku.

Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari? Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi

Till then, tata..

2 comments:

Tupai Karan said...

huh.. memang panas pun skang ni.. tp baca berita tulis mungkin sementara kot.. ni sebab ada kaitan dengan ribut apa ntah yg melanda filipina

by the way, awak kena tag kat sini

Lia3003 said...

tupai karan: kesimpulannya dunia makin tua..