Sunday, May 8, 2011

Durian feast

Hello..

Actually makan durian ni dah lama. Sekarang ini musim durian, maka tunang saya sangat mengidam nak makan durian. Katanya, kalau tak dapat makan durian nak pergi batu belah batu bertangkup. Saja reka cerita.

Jadi, untuk tidak menghampakan beliau saya pun pergi temankan makan durian. Beli dan makan di situ. Saya makan sikit je. Yang banyak-banyak dalam gambar tunang saya yang makan. Saja tak nak mengaku saya makan jugak. Tapi tak banyak sangatlah. Ah kau, janji kau makan Lia!


Ini kalau ibu ada, boleh join dengan tunang saya. Dua-dua hantu durian. At the end, durian tak habis dimakan. Maka letak dalam kereta dan tunang saya bawa balik.

Besoknya, tunang saya pening lalat. Bila ditanya kenapa, rupanya kereta bau durian. Hahaha.. Itu yang mampu saya jawab.

No comments: