Wednesday, May 11, 2011

Cooking With Nature

Last time, my school ada buat pertandingan dan juga aktiviti bagi minggu sains & matematik. Sangat meriah. Tak sangka setiap pertandingan yang dipertandingkan, ramai pelajar yang mahu terlibat. Kiranya, minggu sains & matematik kali ini menjadi dan mendapat sambutan hangat.

One of the activity was "Cooking with nature". Saya dan guru lain ditugaskan untuk menguruskan pertandingan ini. Diadakan di bawah matahari terik. Memang sangat panas. Saya kejap2 masuk ke tempat redup. Lupa nak bawa payung. Inilah padahnya payung letak merata-rata.

Oleh kerana ramai yang menyertainya, kami mencadangkan agar pertandingan ini dibuat di parking kereta guru. Tempat yang strategik & jauh dari gangguan pelajar. =)

Macam-macam gaya saya tengok. Paling menarik perhatian adalah design yang mereka buat. Objektif pertandingan ini adalah untuk memanaskan sebiji telur di bawah matahari tanpa menggunakan bahan bantu yang lain. Hanya matahari yang diperlukan untuk pertandingan ini. Peserta hanya dibenarkan membina alat untuk mempercepatkan telur tersebut masak.

Gambar hasil ciptaan mereka saya tidak dapat rakam sangat kerana cuaca sangat2 panas. Tak sanggup rasanya. Badan dehydrate. Sangat mencabar. Dan ciptaan paling selamba adalah seperti di bawah.


Kumpulan lain cipta bagai nak rak, group ini hanya menggunakan mangkuk besi dan dibungkus dengan aluminum foil. Kami tidak kisah asalkan peserta mampu berfikir berdasarkan konsep sains yang telah mereka pelajari.

Tulis panjang2 tak guna juga. Tengok gambar sahaja


~bertungkus lumus menyiapkan bahan~

Dikala peserta menjemurkan diri di tengah panas, cikgu yang tiada payung ini duduk memerhatikan mereka.

~macam dekat tempat duduk cikgu~

~Zoom out lagi~

~Zoom out lagi. The original position of teacher~
Duduk di bawah pondok

Habis masa pertandingan, hanya satu kumpulan berjaya membuat telur tersebut hampir masak.
Jadi telur separuh masak, tinggal amik kicap kemudian Ngap!


Next week, saya keluar sekolah pula membawa peserta Saintis Muda di Karnival Sains Daerah.

~Peserta Saintis Muda~

Till then, tata...

2 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

uik berjemur diwaktu pns bdak2 tue..

Lia3003 said...

KF: xpe, biar muridnya.. jangan cikgunya.. haaha