Friday, April 8, 2011

Sakit telinga sangat bahaya..

Dah 2 hari MC. Besok ada sekolah ganti, amik MC lagi. Tak boleh nak gerak banyak. Kepala sakit. Demam, tekak sakit. Nak cakap tak boleh apa lagi nak makan makanan pepejal. Dah dua hari makan bubur. Itu pun dah muak.


Pergi jumpa doktor, doktor cakap bengkak sampai nak tutup lubang telinga. Saya kurang pendengaran sekarang. Bila makan ubat, sakit kurang sikit tapi bisa tetap rasa. Nak makan nganga mulut pun tak boleh. Bisa sampai ke tekak. Bila kesan ubat dah habis, bisanya makin kuat dan terus ke kepala dan mata. Badan terus panas dan demam.

Seksanya sakit telinga. Badan tak seimbang. Bila jalan, kepala senget sebelah. Nak diri tegak pun tak boleh. Doktor cakap nak baik ambil masa 5 hingga 7 hari..

Saya tak tahan untuk tanggung kesakitan ini. Cepatlah baik dan sembuh. Sembuh dan tak mahu dia datang lagi sampai bila-bila.

Mood: sakit kepala, telinga, tekak, telinga berdenyut-denyut. Manaip sambil berbaring. Tak mampu bangun. Semoga saya cepat sembuh.

Till then, tata...

No comments: