Friday, April 8, 2011

[Kes] Pelajar tumbuk cikgu

This entry based on the case here.

-->; Kes guru belasah pelajar sampai meninggal baru-baru ini adalah kes lain. Kemungkinan guru tersebut emo sangat dan tidak dapat membendung kesabaran. Dengan budak kecil, tidak perlulah bertindak sedemikian rupa <--

In my opinion, pelajar sekarang sangat biadap, sangat annoying, sangat kurang hajar, sangat disgusting, sangat menjengkelkan.

Cikgu tak kan pukul atau rotan pelajar kalau pelajar tak buat salah. Tahap kesabaran cikgu ada hadnya. Kalau kau buat report polis cikgu belasah kau, kau fikir sebab apa? Kau patut fikir diri kau tu, apa kau dah buat sampai tahap kesabaran cikgu dah habis. Kau jangan nak salahkan cikgu je. Kau fikir diri kau tu dah cukup baik ke belum.

Kalau kau tak suka cikgu, tak suka belajar jangan datang sekolah. Datang sekolah pun hanya menghabiskan duit mak ayah kau. Kesian kau. Tak tahu apa tujuan kau pergi sekolah. Nak tunjuk hebat? Nak tunjuk samseng? Oh! Please lah, perangai kau, kau, kau semua memang menjengkelkan mata-mata guru yang melihat.

Kau ingat, ko pergi sekolah buat apa? Nak suruh cikgu jadi baby sitter kau? Cukuplah! Cikgu pun tak larat nak ngadap perangai pelajar yang bagai tak boleh blah macam ni. Sorang pelajar yang jahat sudah cukup buat cikgu rasa jelek dan jijik. Kau sahaja yang tak sedar.

Cakap dengan cikgu jerit-jerit. Siapa yang biadap? Kau juga.

Jumpa cikgu, kau makin mendadakan badan. Siap dongakkan muka angkuh nak tunjuk kau hebat. Hebat ke kau?

Bila keputusan periksa keluar, kau dapat kelas akhir. Pandai pula kau memohon untuk masuk ke kelas atas sikit. Tahu pula kau malu. Tapi bila permohonan kau tu berjaya, dapatlah naik kelas ke kelas kedua akhir. Tapi perangai still tak boleh blah.

Kau cakap dengan cikgu macam cikgu-cikgu kawan kau. Siap boleh nak gurau-gurau benda tak sepatutnya. Siapa kau?

Cikgu nasihatkan kau, kau buat tak endah.. buat muka, menjawab. Kau siapa? Dah hebat sangat ke kau?

Kau, kau, kau... Kalau nak tau, once kau buat cikgu dengan benda-benda yang tak elok, cikgu akan benci kau. Percayalah. Kalau tahap kesabaran cikgu dah menipis, kau tahulah nasib kau macam mana dalam pelajaran kau. Ilmu yang kau dapat tu tak kan berkat.

Pada kau di luar sana, hormatilah cikgu-cikgu kau seperti kau menghormati mak ayah kau. Cuma kadang-kadang hati ini tertanya juga, kau kurang ajar dengan cikgu, dengan parents kau pun macam tu jugak ke?

Maaf andainya bahasa yang digunakan agak kasar. Kesabaran seseorang ada batasnya. Sekian..

Till then, tata...

6 comments:

iron-ejan said...

wah marahnyer lia...mcm ada pengalaman je.

Lia3003 said...

haha, this is based on my experience lah.. =)

iron-ejan said...

cikgu ler ni

Bro Fit said...

wah menakutkan jugak ayat awak ni..sabau je la.. memang tugas pendidik tu berat tanggungjawabnya tapi pahala dan balasannya mmg byk...

♥ shiMawar ♥ said...

erm..shima sgt memahami situasi ini..mmg sgt teruk..

moga kita sama2 tabah.. (T_____T)

Lia3003 said...

iron ejan: lebih kurang ler tu

bro fit: mudah-mudahan, kadang2 kita pun ada tahap kesabaran gak kan.

shima: sama2lah kita redha