Sunday, April 10, 2011

[Info] Petanda Seseorang mempunyai saka

Selamat petang. Hari ini nak kongsi sedikit info yang saya dapat dari Metro mengenai petanda seseorang yang mempunyai saka.

Mesti anda tahu saka itu apakan?


Baiklah, di bawah ini saya senaraikan gejala sewaktu tidur dan sewaktu jaga bagi orang yang mempunyai saka.

Gejala waktu tidur
  1. Susah tidur malam
  2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut
  3. Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengarnya
  4. Mimpi perkara menakutkan dan meyeramkan
  5. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus
  6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur
  7. Ketawa, menjerit, menjerit-jerit ketika tidur
  8. Berdiri dan berjalan ketika tidur
  9. Mimpi jatuh di tempat tinggi
  10. Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan
  11. Mimpi melihat salib atau gereja
  12. Merintih dan menangis ketika tidur

Gejala waktu jaga
  1. Selalu pening kepala
  2. Lalai mengingati Allah
  3. Sakit di belakang terutamanya tulang belakang
  4. Lenguh sendi-sendi utama
  5. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
  6. Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian
  7. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup
  8. Mudah marah dan panas baran
  9. Emosional dan terlalu sensitif
  10. Terasa seperti sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur
  11. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu

Harap gejala-gejala di atas tidak dialami oleh penulis. Ada juga gejala di atas tetapi saya harap saya dijauhkan perkara ini daripada terjadi. Saka ini merupakan amalan nenek moyang terdahulu dan kemudian diturunkan kepada cucu-cicit mereka.

Saya rasa kasihan kerana saka inilah membuatkan mereka yang tidak bersalah menjadi mangsa hasil dari 'hadiah' nenek moyang mereka terdahulu. Kerana merekalah anak cucu cicit menanggung benda-benda ini dan menjadi mangsa.

Ya Allah, jauhkanlah keturunan keluarga kami dari saka. Kami tidak mahu menanggung azab akibat perbuatan amalan nenek moyang terdahulu. Amin.

2 comments:

xazryx said...

apesal tanda² kt atas bnyk kt aku ?

Lia3003 said...

yeke.. aduiii, kena make sure tu.