Wednesday, April 13, 2011

[Gambar] Lia bersama kawan-kawan di zaman kecik kala

Selalu perkataan yang sering digunakan ialah senjakala, dahulu kala, sangka kala, manakala, kaler-kaler. Maka saya pun sesuka hati mengubah jadi kecik kala. Harap sedap di dengar.

Mood meletakkan gambar adalah kerana tiada apa-apa. Itu sahaja. Gambar adalah dari tingkatan 3 hingga tingkatan 5. Kalau pandai dan rajin cari saya. Tapi kalau tak rajin tak payah susah-susah. Buat susah-susah saja. (n__n)



Time ini saya tak ingat bilakah? Tingkatan 5 kot. Masa duduk asrama, join macam-macam program. Bukan join sukarela tapi join secara pasrah.




Berpakaian warna-warni ala-ala jantan macam ni masa tingkatan 3. Saya merupakan budak dikir barat sekolah di bawah pimpinan seorang ustaz dan juga seorang guru seni berserta beberapa orang guru perempuan yang sangat garang.

Masa latihan sangat tertekan kerana kerap mendengar jeritan-jeritan cikgu perempuan tersebut. Takut sangat-sangat. Dia cakap 'kalau kalah pertandingan ni, siap semua!!!'. Memang patut cikgu itu marah sebab ini pertandingan peringkat negeri. Hasilnya, daerah kami mendapat Naib Johan dikir barat negeri.

Baiklah, dulu saya tension dengar cikgu marah and menjerit dan sekarang saya pun tension bila saya marah dan menjerit pada budak. Haha! Kesimpulannya, menjerit dan marah selalu kita yang tension, tapi orang lain tak. Paham murid-murid?



Dua-dua gambar di atas merupakan gambar masa tingkatan 5. About 8 years ago. Ada yang lost contact, ada juga yang masih dicontact.


Ini masa tingkatan 4. Sikit penguni tingkatan 4 masa ni sebab yang pandai-pandai dan yang cemerlang masa PMR dah pindah sekolah. Tinggal kami yang kurang pandai. [Aceli ada dalam 3-4 orang yang pandai giler dalam gambar ni, dia tak moo pindah sekolah].


Undur ke belakang lagi. Ini jamuan dorm masa tingkatan 3. Ada yang saya dah lupa nama. Sekarang kawan-kawan dalam gambar ini ada yang bakal doktor dan nurse. Ada juga yang dah jadi cikgu. Siapalah tu kan? Dan selebihnya saya tak tahu.

Till then, tata...

3 comments:

mamai said...

sungguh active yer masa sekolah

Lia3003 said...

sikit2 je...

Misz Muffin said...

wahh tgk gmbar lia.. trigt time zaman sekolah dlu2.. rdu.. heh