Sunday, April 3, 2011

Birthday Celebration

Birthday saya dah lepas. Dah 4 hari lamanya. Abang dengan adik telah pun wish birthday saya lambat sehari. Sebab mereka sudah wish, maka perkataan derhaka saya tarik balik.


Lupakan pasal derhaka dulu. Mana ada abang derhaka pada adik. Adik derhaka pada kakak atau abang boleh diterima. Lagi boleh diterima bila anak derhaka pada parents. Atau isteri derhaka pada suami. Tapi ada tau istilah lelaki derhaka isteri. Lepas pergi kursus kahwin baru tahu. Jauhkanlah.

Baiklah, lupakan lagi pasal derhaka di atas. During my birthday, saya sangatlah busy like a bee. Betul ke? Dengan meeting sampai jam 4.30, kemudian sampai rumah dah pukul 5 lebih. Tapi janji tetap janji.

Terus siap-siap tukar baju [tanpa mandi] dan keluar semula. Keluar jumpa Mr Lia. I thought we were only celebrate birthday yang biasa-biasa saja. Dengan kata lain, so-so. But, after masuk je dalam kereta, saya dapat...

Sejambak bunga

Masa dapat, gaya ala malu-malu. Haha. Dah lama tak dapat bunga. Really like it. Tq Mr Lia sebab beri saya bunga ros.

Kemudian singgah Tesco sekejap untuk tunggu waktu solat Maghrib. Tapi last sembahyang kat Petronas sahaja. Lagi dekat dengan tempat yang nak dituju. On the way pergi sembahyang, saya dapat satu lagi hadiah.


Kasut wedges. Betul ke ejanya? Whatever. Saya memang sedang mencari kasut untuk dipakai sebab kasut favourite saya telah terputus tali belakang. Nak buang sayang. Kasut itulah paling cantik pernah saya ada [wayang je ni].

Baiklah, dengan adanya kasut tersebut maka saya tak payah beli kasut lagi dalam masa yang terdekat ini. Akan datang nanti saya nak beli lagi.. Terima kasih lagi Mr Lia.

Selepas solat, baru gerak pergi KFC untuk makan sampai pengsan.

Kemudian, saya dapat kek dari kedai favourite saya iaitu SDS. Tak terfikir pun nak dapat kek dari kedai SDS sebab tunang saya asik tanya je saya makan kek keju ke tak sebab guru sekolah dia buat kek keju sedap. Maka, saya berangan dapat kek keju. Tak malu sungguh berangan macam tu. Berangan, berangan tapi last tak dapat.


Tak dapat kek keju, dapat kek coklat ini. Tengok coklat dia. Cukup untuk mengalirkan saliva ouls sehingga tahap satu gelas. Sangat cantik. Sampai melimpah-limpah coklat. Sebenarnya sebab panas dalam kereta, coklat cair. Terliurkan. Saya yang menulis ni pun asik telan air liur je sejak tadi.


Atas kek ni ditulis 'Happy Birthday Lia3003'. How sweet. Mr Lia cakap, saya suka sangat dengan Lia3003, maka buat seperti di atas. Senang cerita obses sampai Kad Jusco pun nak letak nama Lia3003, tapi tak boleh kemudian kecewa.


Tiba masanya untuk membelah kek. Belah ke potong? Takpe, janji sama maksud. Actually, saya buat-buat berlakon je belah kek tu, sayang. Dahlah cantik. Tapi kena belah juga sebab nak makan. Bila dah makan.. umpph, nikmatnya. Sedap sangat. Nom nom nom.. =)


Keadaan kek selepas dibelah. Masih sayang untuk diambil kemudian dimakan \(-,-")/.


Akhirnya, kek tercomel selamat diambil dan dimasukkan ke dalam mulut. Mr Lia tersenyum riang sebab kek yang dia beri saya suka. Akan datang saya nak kek ini juga tau. Mr Lia, please take note. Haha.

Masa pagi di hari jadi saya telefon ibu. Ibu tanya Mr Lia bagi apa, saya cakap dapat handbag. By the way, handbag pun saya suka dapat sebab masa lawat ayah dekat Ampang abang cakap beg saya buruk sangat, siap ada conteng2 pen lagi. Dah nama cikgu, kalau tak terkena pen, memang tak sah. Handbag kena, apatah lagi baju, tudung, tangan.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan yang wish birthday saya di facebook, SMS dan sebagainya. Doakan saya perolehi kesihatan yang baik, mudah segala urusan serta peroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Till then, tata...

6 comments:

si cebbie cholet said...

hi lia...


happy belated birthday

moga di rahmati allah selalu...

- cik cumey-

Lia3003 said...

cik cumey? CC? wah, siyes saya nak tau blog terbaru cik cumey

si para para said...

bestnya..dapat adiah..kek coklat..hehe

hpy bday..smoga berjaya dunia akhirat
:)

Lia3003 said...

tQ si para-para

Sofia Karim said...

bestnye dapat hadiah dr yg tersayang,... hepy beday kak..

Lia3003 said...

tq dik