Monday, March 21, 2011

Hujung minggu je ada aktiviti, bila ada aktiviti je mesti hujung minggu

Masa cuti sekolah hari itu, setiap hujung minggu je ada benda kena buat, ada benda kena buat je mesti hujung minggu. Kebetulan, dah janji awal-awal nak attend tapi last minute tak boleh pulak.

~Sumber: FB Kak Yati~

Masa kakak ni khawin, saya tak boleh datang sebab kena pergi kursus khawin. Sampai merajuk kakak ni. Asyik buat muka '=( ' je masa balas mesej kat FB. Sorry kak, bukan sengaja.

But seriously, bila tengok gambar ni saya rasa happy sangat. Tak sangka masa zaman U dulu, kitorang dok pakat gossip2 kan dia dengan abang tu.

Sampai kakak ni cakap 'kalau akan datang jodoh dengan Abang Nizam akak tak tolak sebab tak tahu apa yang akan berlaku nanti walaupun sekarang ni takde apa-apa'. Lebih kurang macam tulah.. janji ada bunyi sikit-sikit.

Tak sangka kata kakak ni menjadi kenyataan. Sangat betul kata-kata dia dulu. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Dia merancang yang terbaik untuk hamba-Nya dan sekarang kakak ni telah selamat menjadi isteri kepada abang yang kitorang gosipkan dulu.

Buat Kak Yati dan Abang Nizam, korang memang sweet, cute. Masin mulut kitorang. Moga bahagia ke anak cucu. Cayang Kak Titit my housemate paling best masa kat U dulu.

~Sumber: FB Cik Kuna~

Yang ini pulak adalah Cik Kuna. Tak dapat nak link kan nama dia ke blog beliau kerana blog geng saya ada masalah. Saya dah ceritakan di sini.

Saya tak dapat datang juga kerana melawat ayah di Ampang. Takut juga nak beritahu dia tak dapat datang sebab dulu saya yang beriya-iya janji nak datang tapi nak buat macam mana. Kita hanya mampu merancang.

Gambar di atas Cik Kuna tutup muka sebab malu-malu kan? Ni Cik Lia letak gambar yang nampak penuh. Cik Kuna mengambil berkat dari Cik Lia. (n___n).


Untuk Cik Kunang-kunang Kuna, tunang ni banyak cabarannya. Sebab tulah jangan tunang lama-lama sebab darah manis. Saya pun tak tahu kenapa orang cakap masa tunang darah manis sebab sampai sekarang saya tak tahu kemanisan darah itu terletak di mana. Cayang ko Fara kawan dari sekolah dulu [tunang Fara, jangan sentap dengan kenyataan ini =p)

Till then, tata...

6 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

'kalau akan datang jodoh dengan Abang Nizam akak tak tolak sebab tak tahu apa yang akan berlaku nanti walaupun sekarang ni takde apa-apa'<----ayat sakti ni..:p

Lia3003 said...

kf: kenapa pulak sakit hati..

~AmyLiana8886~ said...

lia dah tunang ke?

Bro Fit said...

masa bertunang darah manis?? tak pernah dengar lagi quote camtu..

cantik je gambar awak bertunang tu..hihi

- Fitrihadi.com -

Ecah Ecot said...

tunang mmg darah manis pon..bkn darah 2 rase manis..haha..tp mmg bnyk halangan..

mcm mmbr ecah, dh 2-3 taun xjmpe ex yg die btol2 syg...kire 1st love la..hari die tunang, ptg 2 kiteorg g pasar..tup2 terserempak...t'gugat jap weh..sbb pakwe lame..

sbb 2 la org kate tunang ni drh manis..cabaran slalu cari kite..bkn kite cari die..haha

Lia3003 said...

Amy: a'ah amy, dah tunang dah bulan lepas

Bro Fit: haha, yeke.. tQ

Ecah_Ecot: wah, yeke.. mesti hati terus berbelah bahagi kan, harap kawan ecah tu tak tergugat lah .. =)