Wednesday, March 30, 2011

Dokumentari Cik Lia

Assalamualaikum. Lama saya diam. Ingat nak update banyak kali tapi sebab kekangan masa maka pendamkan saja hasrat mahu update. Saya sangat busy. Sampai busy pun tak tahu nak buat apa.

Hari ini saja suka2 nak update mengenai saya. Kenapa? Saja, suka-suka. Rasa nak bukukan perjalanan hidup saya. Bukukan? Ya, dulu masa zaman dulu nak tulis kena pakai diari. Tapi sekarang taip je. Lagi best. Dulu kalau nak buat diari mana ada letak gambar2. Kalau nak letak pun, kena cuci dulu lepas tu tampal. Oh! Kalau tiba-tiba berniat suci, boleh je curi gambar dalam album yang family cuci. Kalau tak kantol, selamat. Pastikan semasa ambil gambar itu, tiada siapa tahu,

Terpanjang pulak tulis. Tapi saya tak pernah ok buat macam tu. Saya budak baik. Jadi sekarang saya mahu meneruskan motif kenapa saya update blog hari ini. Tengok gambar di bawah. Ini masa saya umur berapa entah. Dekat KL. Dulu masa kecik nak pergi KL susah sangat. Bila dengar nak pergi KL je mesti teruja. Padahal takde apa-apa pun.


Kalau anda bijak pandai, di manakah Cik Lia di sini?? Semua muka innocent giler. Takde sape pun yang senyum kecuali pakcik saya yang tinggi itu.


Gambar atas ni masa Makcik Lia tingkatan 2. Macam makcik kan? Pakai cermin mata, konon masa tu if pakai cermin mata rasa macam dah glamour. Pastu pergi sekolah pakai spec dan ada sorang mamat ni sakit hati *cemburu* sangat tengok saya pakai spec lantas panggil saya "makcik". Akibatnya, satu tamparan kena dekat pipi beliau. Sampai sekarang ini saya rasa macam tak percaya pernah tampar beliau memandangkan bapak dia merupakan GPK 1 sekolah. Oh! Lepas tampar baru nak rasa menyesal takut kena buang sekolah. Lepas tu dia cakap "mak aku pun tak pernah tampar aku tau". Saya minta maaf je lah masa tu. Dalam hati kecut juga.


Ini masa saya pergi pertandingan dikir barat peringkat Negeri Johor sempena Karnival Seni Jauhi Dadah. Saya masuk pertandingan peringkat negeri ini 3 tahun berturut-turut. Sekali naib johan dan the rest mestilah kalah. Yeah!

Time ini masa jadi sidang redaksi majalah sekolah. Di manakah saya? Masa ini saya berada di tingkatan 5 tahun 2003.


Yang ini pula gambar hari terakhir berada di Pahang Matriculation College. Sebelum meninggalkan matrik, ambil gambar dulu. Saya ingat lagi tarikhnya, 14.04.2005. Habis je periksa, ibu dan ayah sampai. Terus kemas-kemas barang dan berangkat balik. Entah bila lagi nak sampai Matrik Gambang ni. Dapat tengok dari luar jadilah. Rindu weyh!


Hari pertama di UPSI. Masa pendaftaran. Masa ini ada nampak tak ciri-ciri bakal seorang guru. Hoho. Awal semester diri ini tak dapat terima hakikat lagi bahawa saya akan jadi cikgu. Takde dalam senarai. But lama-lama Alhamdulillah, dapat terima hakikat. Orang di luar sana, siapa nak jadi cikgu, batalkan niat. Ok, gurau je. Jadi cikgu best sangat. Betul! Nak tau cuba masuk.


Di kala ini saya berada semester dua di UPSI..... kot! Tak tahu nak bubbling apa lagi kat sini. Tujuan saya letak gambar-gambar saya di sini bukan untuk menunjuk. Tetapi saya cuma nak tulis perjalanan hidup saya walaupun tak sepenuhnya, tetapi at least nampak perjalanannya macam mana. Faham? Tak faham? Takpe, keluar sekarang..

Saya nampak bagaimana saya membesar, dari kepala botak sampai bertudung. Semoga perjalanan hidup saya di masa akan datang teratur dan aman. Semoga saya dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirat.

Terima kasih ayah ibu kerana menjaga saya sampai saya jadi 'manusia'. I love both of you.


Mengikut sifat mengikut bulan kelahiran Islam, saya degil dan nakal masa kecik. Yeke? Rasa macam baik je. Keh keh! Walaupun saya nakal dan degil masa kecil ayah ibu tetap sabar jaga saya. Cayang lagi sekali.

Di akhir kata

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

HAPPY BIRTHDAY
LIA3003
(3003'86 - 3003'11)
25th YEARS OLD

*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*_*

Hasil update laju-laju dari saya. Sengaja saya publish jam 7.30 pagi memandangkan saya lahir di waktu tersebut.

Till then, tata...

No comments: