Tuesday, March 22, 2011

Bulan 3 bulan untuk mengimbau kenangan [1]

Bila tiba bulan 3 je, mesti rasa nervous. Bila bulan 3 je, mesti gembira. Bila bulan 3 je mesti sedih. Why? Adalah..

Seperti saya tulis di tajuk, bulan 3 adalah bulan untuk mengimbau kenangan. Saja nak selak-selak semula kenangan lama. Andai masa boleh diulang, saya nak jadi baby je tapi dah lumrah alam, setiap benda hidup pasti mengalami perubahan. Semua benda naik. Umur, ketinggian, tulang.. apa lagi ye? Semualah.

Tak mahu tulis panjang-panjang. Mood hari ini adalah untuk mengimbau kenanga. Tengoklah sampai berapa hari saya nak imbau kenangan. (n___n)


Ini gambar saya masa baby. Ya, mata saya memang bulat, rambut halus-halus je. Dipendekkan cerita, botak. Haha, but saya suka. Kenapa suka? Sebab bila dah besar rambut takdelah tebal dan senang nak uruskan. Syukur, tak payah pergi kedai untuk minta nipiskan rambut.

Dulu masa lahir, ibu cakap berat saya 4.2kg. Kemudian, terlebih 10 hari dalam perut. Saya membesar di dalam perut, sebab itulah besar. Kemudian, bila umur 3 or 4 bulan, ibu cakap dah tak larat nak dukung saya. Penat katanya. Maka, ayah yang dukung.


Arwah nenek saya cakap, masa kecik saya memang besar? Eh, dah masa kecik pastu besar pula. Apa-apalah. Yang paling bestnya, arwah nenek cakap saya tak kuat nangis dan mesra dengan orang. Maksudnya tak takut oranglah. Siapa-siapa boleh pegang saya. Ni arwah nenek cakaplah.


Saya membesar dengan abang. Jarak umur 1 tahun 3 bulan. Dekat je. Tapi bila ikut tahun, jarak jadi 2 tahun. Sampai orang cakap kami kembar. Heheh..


Kenapa orang cakap kembar? Tengoklah gambar tu? Hampir sama tinggi. Mata sama-sama bulat. Kemudian, sama-sama rambutnya sejemput macam tu. Kan seiras namanya itu. Yang paling sama, tengok perut kami. Sama-sama buncit. Dah besar ni, perut abang je yang buncit. Haha! Bila saya cakap dia gemuk, dia cakap 'tak, abang tough lah'. Whatever!


Bila dah sama-sama membesar, buat apa-apa semua sama. Kena ngaji sama-sama. Belajar sama-sama. Tengok atas tu. Alim tak kami? Saya mengajar abang saya ngaji. Yang pakai serban putih adalah ayah. Yang pakai serban hitam adalah Busu.


Patut gambar ni letak atas sekali. Tapi terlupa. Jadi pusing balik. Ini gambar masa saya umur 3 bulan. Masa hari raya. Ibu carry saya. Ayah carry abang. Hm, kalau lah saya boleh pergi ke masa silam, saya nak tengok macam mana saya membesar dengan sihat.


Ini pula gambar masa baru pandai jalan. Sangat manis untuk dikenang. Tapi mana saya ingat masa ni. Korang start kenal diri korang masa bila? Maksudnya, korang sedar diri wujud kat dunia ini bila?

Saya start sedar saya dah lahir kat dunia masa saya bangun dari tidur. Lepas demam. Itulah benda pertama yang saya ingat dan start mengingati apa yang berlaku selepas itu. Faham? Tak faham? Takpe. Biar saya yang faham.

Sekian.

Till then, tata...

13 comments:

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

byknya gmbar kecik2.hehe

klasik dan kenangan tu.

black_mel said...

ayat last tu x berapa paham..explain plz....;)

Dhiaqiud said...

bestnye de gmbr ms baby..dhia xde pun gmbr ms baby..zaman dolu2, x mampu nk beli camera..

Lia3003 said...

MohamadAzhan: eceli tak banyak pun..

Black mel: hm, nanti saya explain

Dhiaqiud: alahai... yeke, xpe. nak buat macam mana

YobSumo said...

mengimbau kenangan lalu ni mesti tersentuh hati kan...

tapi kamu mmg besar lah time kecik. seriously besar. haha.

¶A.K.I¶ said...

erk.. sis lia...
skrg ada rambut x?
ehhehe~~ swie2 joke onli!
tp sis lia kecik2 mmg agak chubby!
mahal pp tu~
huhuh



p/s: aki dpt ym msj sis lia utk jmputan sis...
tapi nk bls kat ym x jmpe2 nama sis! nk say congrats dl awal2~
:)

Lia3003 said...

yob: betul3

Aki: tu jemputan untuk tunang ke apa ek? sekang dah ada rambut lah..pipi sekang menten ..haha

apisv2 said...

salam,
mengunjungi rakan2 blog;)
blog apisv2

Lia3003 said...

apisv: salam

Uchi kay-f @hmad said...

30.03.2011 <----happy besday tecer!

Lia3003 said...

kf: lama lagi lah

~AmyLiana8886~ said...

wah gambar kenangan silam..

Lia3003 said...

Amy: a'ah, kenangan silam