Sunday, March 20, 2011

Betulkan niat ..

Assalamualaikum..

Semua tahu besok hari Isnin kan? Bila hari Isnin je mesti rasa tak best dan yang paling tak bestnya sebab sekolah akan dibuka semula. Cuti seminggu amat tidak memadai bagi saya. Saya mahu cuti banyak. Setahun ke, dua tahun ke.

Dream on Lia. Benda tu tak kan berlaku. Sila jangan bermimpi di siang hari. Tadi terima mesej dari ibu.

Ibu: Akak kat mana? Dah balik ke?
Lia: Belum ibu. Tak semangat nak kerja besok
Ibu: Kenapa?
Lia: Entah, macam menyampah je nak kerja besok
Ibu: Kena betulkan niat tu. Rezeki datang dari mana.

Baru tersedar. Mata berair sekejap. Bukan apa, saya dah tak larat nak mengadap pelbagai ragam manusia yang sangat menjengkelkan hati.

Lagi satu, bila saya dah ada kat rumah kota, hati berat sangat nak balik ke JB. Rasa sayu je nak tinggalkan rumah ni. Yelah, rumah dah ditinggalkan kosong. Hujung minggu je ada penghuni. Itupun saya dengan adik lelaki sahaja. Tak ke rasa macam sedih.

Ibu dengan ayah dahlah jauh. Nun di Ampang. Kalau ibu dengan ayah di JB tak rasa lagi. Bila hari Ahad tengok adik lelaki nak balik PG rasa sedih je. Entah, macam sebak je. Kesian dia. (T___T). Sayu hati.

Ayah saya dah lebih sebulan di Hospital Ampang. Masa saya tunang dulu dia di hospital sampai sekarang. Cuma selepas tunang, ayah perlu di hantar ke Ampang untuk rawatan lanjut.

Jadi, Jumaat lepas saya, adik lelaki dan adik perempuan saya pergi melawat ayah di sana. After a month baru berkesempatan nak pergi melawat.


Gambar ini masa saya dah nak balik ke Johor. Tengok lengan ayah, makin kurus. Berat ayah pun dah tinggal 45kg kalau tak silap. Kulit ayah terbakar [masa ni dah kurang] lepas kena kemo 7 hari.

Moga ayah cepat sembuh, harap masa majlis saya nanti ayah dah baik dan dapat nikahkan saya seperti yang ayah mahukan. Saya taknak ayah saya terlepas meraikan majlis saya macam masa saya tunang dulu.

Doakan ayah saya cepat sembuh.

~Gambar recycle~


Till then, tata...

6 comments:

Uchi kay-f @hmad said...

yana,maaf saya ingatkan ayah yana dah sihat...apepun moge tabah iyer..

ok be spirit iyer..pejal tahir nyanyi sikit utk kwn kite sorg ni...

"gemuruh jiwa semangat membara..."

daa.......

Lia3003 said...

hm, dia mmg blm sihat, cuma malas tulis kat blog selalu.. tQ kf

izzysabki said...

smoga ayah cpat smbuh:D

Uchi kay-f @hmad said...

oh begitu..rasenye beliau saket dah lame sblm ayahanda saya sakit smpai dah pergi ..hurm..apepun jgn lupe berdoa pas solat 5 waktu iyer yana..


pss: love lah sgt,saperlah saya ni...tapikan saperlah kitekan mane taw esok lusa saya nikah dulu dri yana ekk..ngehx3..aww...lariiiii :p

Lia3003 said...

izzysabki: harap2 sekali

kf: baiklah,

faizah---sweetcake johor said...

lia, cik kamarudin sakit ape sebenarnya smpi kene kemo?simpati