Friday, February 11, 2011

Dokumentari Majlis Pertunangan Lia

Assalamualaikum. Hampir seminggu juga saya ambil masa untuk update gambar pertunangan saya. Bukan malas, tetapi bermacam-macam benda yang berlaku. Saya ingat nak nak update satu-satu. Means, saya nak masukkan entry persiapan pertunangan, kemudian hantaran dan sebagainya, tapi bila fikir-fikir balik baik saya masukkan semuanya.

Total gambar memang banyak, jadi saya combine sahaja gambar-gambar tu semua. Nak combine gambar pun ambil masa tau, sampai ngantuk.

Jadi, jom tengok gambar!

~Cenderahati untuk tetamu~

Dalam beg tersebut ada arca/aca buah. Saya tak tau nak eja arca/aca macam mana. Jadi faham-fahamlah. Kemudian ada telur, yassin dan juga kuih bau-LU. Eh tak, kuih bahulu.

Malas nak combine banyak2 mengenai cenderahati, terus je kepada solekan. Part paling menakutkan saya. Takut if tak ok or over or hodoh.. Demand sungguh Lia ni.


Gambar di atas saya terpaksa fokus kepada muka sahaja sebab masa tu saya tak pakai tudung. Maka, part muka lah paling banyak. Sila jangan menyampah!


Ok, yang ini baru boleh gambar penuh. After pakai tudung baru Mak Andam pakaikan lipstick. Saya suka dengan Mak Andam ni, peramah sangat dan yang penting sebaya dengan saya. Masa dia cakap umur dia 25 tahun, saya terus panggil kakak. Tapi tak lama lepas tu baru saya teringat tahun ni umur saya pun dah 25 TAHUN! Rupanya sebaya. Oh, dah tua. Tu yang sampai lupa umur.


Kemudian, acara sarung cincin pula. Siyes, masa ni nervous sangat. Menggigil, tapi cuba control. And based on video yang my brother rakam, saya nampak serba tak kena masa tu. Tak tau nak buat apa. Orang suruh salam, saya salam. Orang suruh bergambar sama-sama, saya pun ikut. Adeh! Kredit to my brother yang bersusah-payah merakam.



~Video sarung cincin Cik Lia~

Sekarang tengok pula hantaran kedua belah pihak.


Ini merupakan hantaran pihak saya. Simple sangat2 tapi saya suka kerana tidak membazir. Sesungguhnya membazir adalah amalan syaitan. Hehe~

Kek saya tak dapat tengok pun, nak amik gambar pun tak sempat. Kek tu lah satu2nya gambar single yang adik ambil. Dan yang paling tak tau malunya, after tunang... saya minta tunang simpankan sikit untuk saya & saya dapat makan juga tapi dah tak sedap cz keras. Hasilnya, malam tu juga perut saya masuk angin. (T____T)


Ini pula hantaran sebelah lelaki. Cantik tak? Sila cakap tak cantik [ini merupakan ayat jeles]. Menyampah tengok hantaran dia. Kalah I.. (T____T).

Dan part paling tak tahan adalah part sirih junjung.

~Kiri: sirih junjung saya. Kanan: sirih junjung sebelah lelaki~

Tunang saya gelakkan saya punya sirih junjung. Dia cakap, memang nampak serabut dan kelakar. Nampak sangat otak saya sangat serabut masa tu. Kurang asem betul. Sampai malam tak habis gelak. Cakap pasal sirih junjung je gelak tak hengat. Fuh, memang tahap menghina. Tapi takpe. Saya tak kisah. Janji sirih saya tak layu macam sirih dia, kuning-kuning. Wa wa wa..


This is the part of my family. Where is my father? My father kena tahan di hospital. During my engagement, my father was in the hospital. Sangat sedih. But, simpan dalam hati.

Sebelah kiri adalah ibu saya dan sebelah kanan bakal ibu mertua saya. Kebetulan ibu & bakal ibu mertua pakai warna hijau.

Di sini saya ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang sudi meluangkan masa juga mencuri masa untuk datang ke majlis saya... Tq Ilya, Fara & Liza.

~Tak lama lagi mereka bakal ikut langkah saya... (n__n)~

Juga tak lupa sedara mara yang datang menolong dan melancarkan perjalanan majlis. Terima kasih pak lang cz sudi jadi wakil bagi pihak perempuan. Juga cikgu-cikgu SMK DEJA bagi pihak lelaki.


Juga pada blogger ini kerana menerbitkan entry mengenai pertunangan saya..


Till then, tata...

8 comments:

Novelgurl said...

Assalamualaikum

waah !tahniah selamat bertunang ! cantiklah ^^

Lia3003 said...

tQ

fafa punya said...

akak! u are fabulous! cantik sangat.

Lia3003 said...

Fafa: hm, terima kasih..=)

m A s L i A n A said...

sirih kuning tu nama nya sirih india kot..mak mertua kita yg ckp...bgus tuk gg..hehehe

Lia3003 said...

mas, sirih tu jadi kuning sebab lama sangat dalam kereta, maklumlah import dari kelantan.. hehe

Bro Fit said...

wahh cantiknya..tahniah ye dah bertunang hehe cepat2 lah kahwin ye

- Fitrihadi.com -

Lia3003 said...

Bro Fit: terima kasih