Saturday, December 25, 2010

RM30k percuma..

Pagi tadi dapat mesej dari nombor 0178377196. Then, apa yang membuatkan saya buat-buat terkejut adalah isi di dalam mesej berkenaan.




You winner!!.. Simcard anda berjaya memenangi wang RM30,000.00 dr "POWER ROOT" No. Siri_012547 Sila_call office: 012-8012352 MOH SULAEMAN Penghantar: MAXIS WWW

Oh! Gembiranya rasa hati. Akibat keterujaan tersebut, saya pun membalas mesej berkenaan.


Woi bodoh! Sudah-sudahlah dengan benda ni. Ayat tunggang-langgang. Nampak sangat kau dari negara seberang.. Pergi mati cepat.

Adik saya pernah juga menerima panggilan telefon dari manusia laknat ni. Cakap benda yang sama lah macam mesej yang saya dapat. Orang tu suruh adik saya beri nombor akaun, masukkan duit semua. Lebih kurang macam ni dialog dorang

Si penipu : Adik bagilah nombor akaun adik untuk dapatkan hadiah ni..

Adik : Sorrylah, saya masih sekolah lagi, takde no akaun

Si penipu : Ok, kalau macam tu bagi no akaun ibu/ayah

Adik : Hm.. saya ni anak yatim piatu.. Ibu ayah dah takde..

Yang lain saya tak ingat apa yang dorang cakap. Nasib baik adik ada idea. Kalau tak, kena goreng lah.

For those.. janganlah terpedaya dengan benda2 macam ni. Susah, sekali terlajak buruk padah..

Till then, tata...

5 comments:

ahsfantasy24 said...

huhu..
mngkuk btul nk tipu2 org,
ngat kie nei ngek cam die,,huhu~

Aujinz said...

jangan di layan..
penipu tak habis habis..

lagi satu yang dia suruh masukkan topap prepaid tue..

mangkuk betul..hahahha

::PoRcUpiNe:: said...

Dasar penipu kan..

Tapi u reply masg,dorg balas ek??

Nak duit dgn tipu org je keje nye

Siti Mashitah Saidin said...

suka ayat adik tuh.. hahaha

Lia3003 said...

Ashfantasy: a'ah. dia memang ngek

Aujinz: saya tak pernah pulak dapat yang topap tu

porcupine: dia tak balas pun, but puas hati dapat balas macam tu

Siti Mashitah: yup!