Wednesday, December 22, 2010

Peminat MILO tegar, sila berhati-hati

Ya, saya salah seorang peminum MILO tegar. Akhbar KOSMO hari ini menyiarkan tentang 'serbuk koko tiruan dicampur di dalam Milo'. Oh, ini amaran untuk diri saya juga.

Sumber berita dari Kosmo Online.

GEORGE TOWN - Terdapat peniaga minuman di negeri ini yang memperdaya pelanggan mereka dengan mengisi semula serbuk koko tiruan ke dalam tin Milo asal bagi mengaut keuntungan mudah.

Penggunaan serbuk koko tiruan itu dipercayai dapat menjimatkan kos pembelian sebanyak 30 peratus berbanding harga Milo asal.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, M. Guna Selan berkata, perkara itu dimaklumkan orang awam selepas menyedari ada peniaga menggunakan serbuk koko tiruan bagi pesanan minuman Milo.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan di beberapa kedai minuman di sekitar Bukit Minyak, Taman Ciku di Bukit Mertajam serta di Seberang Jaya mendapati, serbuk koko yang dijual di dalam bungkusan plastik tanpa jenama itu diisi ke dalam tin Milo seberat dua kilogram (kg).


Jom berhati-hati bila minum di kedai. Pendek kata, jangan minta Milo kat kedai. Susah, manusia makin menjadi tidak bertanggungjawab day by day.

Till then, tata...


13 comments:

Fahim 'n Alin said...

adoy xkuat dan cergas lah kalau x minum milo

kaizen shinobi said...

milo kat kedai... memang macam tuh.... sigh..

nak untung punye pasal...

Lia3003 said...

fahim & alin: saya pun sama, rasa x bermaya je.. huk huk

kaizen shinobi: hm, tu lah.. semua makhluk tak leh dipercayai sekang ni

Mohamadazhan hjDesa said...

bahaya ni.!

ANATI SOKI said...

dkt kafe kolej anat pun cmtuh!!! jual milo ais mahal nk mati.. tapi bukan milo pun. die mcm serbuk koko.. rasa pun lain.. dush dush

Abi said...

alamak!! bahaya tuuu... tak boleh oder milo beng la agaknya kat Bukit Mertajam .mintak - mintak kat Jertih takde yang buat gila macam tu... Naya

hans said...

hari tu kicap
skrg Milo plak
haih
banyak betul penipuan skrg

P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!

ahsfantasy24 said...

adeh..
milo mhal tu jd gni lak,

jgn gula t ntah tkar ngn ape, huhu~

MR. MIND said...

macam2 penipuan skrg ni...

Hazzy Ishak said...

iskkk tak mau la minum lagi pasni

Rosalia Huda said...

sng nye nk untung org2 mcm ni..ish2..

♥ shiMawar ♥ said...

wa..ye ke..macam ni pun ade..ape le yg dapatnye kalau tipu pengguna mcm tu kn..ish2..

Lia3003 said...

mohd azhan: ye, kena hati2

anati: boikot je kedai tu.. =)

abi: haha, kadang2 bila dah kuo paper macam ni, semcam bagi idea kat peniaga lain untuk buat benda tu

hans: sok lusa budu, belacan, cencalok

ashfantasy: gula? jangan lah

mr mind: tu lah, susah kan?

hazzy: boleh minum, tapi buat sendiri..hehe

rosalia: semua orang nak untung dengan keluarkan bajet yang sedikit

shima: ya dapat dosa besar.. haha, tol tak>?