Sunday, December 12, 2010

Menyingkap kenangan..

Belek-belek gambar-gambar dalam laptop ni, terjumpalah gambar-gambar dari henfon masa zaman praktikal dulu (2009). Praktikal di Sungai Besar. Banyak sangat kenangan di situ and ada satu kenangan yang paling saya tak boleh lupa sampai kiamat.

Apa kenangan itu, biarlah rahsia. Hanya saya & Maria sahaja tau apa benda itu. Tapi itu cuma kes terpencil. Ia jadi terpencil bila sepanjang 4 bulan di sana, hari-hari kami di isi dengan pelbagai aktiviti. Sedikit sebanyak dan lama-lama kami lupa pada 'kenangan tersebut'. Biarlah rahsia kami.. (T____T)

Ok, jangan fikir apakah kenangan tersebut cuma ia berpunca daripada kekejaman manusia. Huh!


Sebagai permulaan, ini kawan baik saya. Nama dia Maria. Seorang yang selamba dan banyak cakap, suka makan macam saya dan dia selalu mengaku kami sama tinggi kerana beliau tidak mahu mengakui beliau rendang. Ops!

Oleh kerana kami berdua sahaja yang tersadai di tempat praktikal tersebut [sebenarnya ramai, tapi tak rapat], maka ke mana-mana memang confirmlah berdua.

Aktiviti kitorang setiap malam ialah makan di kedai. Kami rajin masak, tapi kaaadang-kadang je kami masak. Bukan malas, cuma mood kena datang untuk memasak. Ini alasan orang yang malas sebenarnya. Ok, kami rajin makan kat luar before pindah rumah yang lagi dekat dari tempat praktikal.


Makan semestinya mahu yang sedap2. Biasalah, untuk kepuasan our tummy (n_n). Kalau nak diikutkan masa tu.. tanya lah 'kat mana nak makan nasi lemak sedap', 'mana tempat nasi goreng ayam sedap', 'kedai ABC paling sedap'.. InsyaAllah kami akan dapat jawab dengan bangganya.

~ air pun nak sedap, tak mau kalah tu ~

Maksudnya di sini, hampir semua kedai makan kat Sungai Besar tu kami cuba. Bila tak sedap, kami akan blacklist kedai tersebut. Bukan kejam, cuma elakkan dari makan lagi di situ sahaja. Juga secara tidak langsung kami akan promote kat orang 'jangan makan kat kedai tu, tak sedap!'. Tak kejam bukan. Ala.. Ni kalau orang tanyalah, tak tanya diam lah. Heh!


Kadang-kadang, kalau pergi pasar malam.. kami beli pizza. Pizza murah je.. Beli yang besaaar punya. Punyalah tamak. Makan berdua je pun.. Pastu tak habis masukkan dalam peti ais, besoknya panaskan guna rice cooker. Sambung makan semula. Seronok!

Itu di awal praktikal. Tapiii.. bila dah akhir-akhir praktikal... inilah makanan kami.

~ nasi goreng kosong + sosej T___T ~
kalau tak sedap, buat-buat sedap


Kalau rajin sikit, balik kerja beli ikan fresh masa on the way balik. Lupa nama tempat tu apa. So, kami masaklah ikan masak pedas/merah/sambal. Kitorang ni bila time masak, sangatlah adil. Bila saya kena masak lauk ikan, Maria akan masak sayur.

Saya tak pakar masak masakan benda hidup ni, jadi hasilnya mestilah so so.. Tapi Maria pula tak terror sangat masak sayur.. tapi saya terror. Eh, terpuji diri pula. Tapi dia terror masak ikan or ayam [jap, lupa pernah beli ayam ke tak masa tu].

~ teka sape masak?? ~
~ sayalah.. bab masak sayur bagi saya ~


~ ini pulak resepi tradisional Maria ~

Serius, after tengok gambar ni tadi, baru aku sedar.. benda ni aku makan dengan Maria je. Habis praktikal, aku lupa semuanya. Dan gambar ini mengingatkan aku. Resepi di atas adalah campuran buah kedondong [kalau tak salah], asam jawa dan di tambah sedikit garam. Sedap tak sedap redah je. (^_^)

~ sosej dengan nugget ayam, nugget ketam tidak dilupakan ~

Pernah masa makan di kantin sekolah. Punyalah nak cakap kitorang tak makan luar cz duit makin susut lain pula respond yang kitorang terima

"Kak, kitorang kat rumah makan nasi dengan sosej, nugget ayam, nugget ketam hari-hari"

"Makan itu je?" Akak tu buat muka terperanjat

"A'ah kak, nak berjimat.. hehe"

"Okeylah tu.. Kitorang dulu hari-hari makan telur "

" (-,-") "

Huhu, persoalannya.. makan nugget and sosej bagai nampak mewah ke?

Till then, tata...

9 comments:

Mata Hati said...

pizza tu cukup menyelerakan saya.. nak sikit boleh? huhu

Irnie said...

klu dulu, ikan bilis, sardin tu kire makanan klu nk ikat perut but now..?? telur je yg maintain dlm kelas die ehhe..

Lia3003 said...

Mata Hati: dah selamat ditelan pun

Irnie: a'ah, betul sangat2

Miss D said...

hehehe. mewah lah tu. dulu masa i praktikal, kalau encik tunang tak bawa pergi makan luar...i goreng ikan kembung masin jer...huhu..sodap! sebenarnya, makan kering lagi nikmat daripada makan makanan yang umph, sodap + lazat. :p

Lia3003 said...

Miss D: ikan kembung masin? besar tak? sedap tak? tapi zaman masa duit surut best, kenangan..

Payche said...

piza tuh nampak penuh dengan isinye.. ahhaha

Lia3003 said...

payche: ye, betul tu.. =)

saya said...
This comment has been removed by the author.
cReam('',) said...

hye tcer yang comel..hehe..wat ap sekarang?? kenangan ape tcer?tertanye tanye pula saya..