Tuesday, December 14, 2010

Masih lagi seisi menyingkap kenangan

Sambungan dari entry ini.

Masa praktikal dulu, kami pergi sekolah naik motor je. Jarak dari rumah ke sekolah adalah dalam 10km>. Jadi, dalam jam 6.30am dah bertolak pergi sekolah. Sejuk sangat merempit pagi-pagi.

Itu kalau tak hujan. Tapi kalau hujan.. Allah sahaja yang tau keadaan kami masa tu. Basah lokos.. stokin, kain, baju dan segala bagai pakaian semua basah. Kesian! Dah pakai jaket hujan pun masih basah. Muka pun siap tutup guna hood lagi. Rasa macam ninja ditambah pula dipakai bersama helmet.

~bertukar!~

Pernah sekali sorang cikgu nampak kitorang bawa motor pergi sekolah. Dia cakap saya bawa laju sangat. Entah! Rasanya saya bawa 100km/h je. Melampau sungguh!

Dan paling tak boleh lupa, masa merempit pagi-pagi tetiba tayar belakang goyang-goyang macam nak tercabut. Motor dah tak seimbang. Saya perlahankan motor tengok tayar pancit. Argh! Nak cari kat mana orang yang pandai betulkan tayar. Dahlah dah tengah-tengah kampung. Pagi-pagi buta plak tu.


Lama juga lah blurr tak tau nak buat apa masa tayar pancit. Siap boleh ambil gambar kegembiraan lagi masa tu. Apakah? Motor dah macam ni, boleh nak sengih-sengih..

~Maria dengan wajah teruja~

~si pembawa motor~

Hm, lastly dapat settle dengan bantuan sorang guru. Settle dekat jam 5 petang. Memang penat sangat masa tu. Ke hulu ke hilir, terkejar sana terkejar sini.. Tension jangan cakap. And bila dah terjadi tayar pancit ni, saya terus tukar ke tubeless.. Senang, takdelah nak pancit2 lagi dan alhamdulillah, sampai habis praktikal tayar tak pernak pancit lagi.

. : dulu masa kat U, kalau saya bawa orang pergi mana-mana naik motor, mesti pancit. Pancit bila orang yang saya bawa tu lebih besar dari saya. Saya tak tau kenapa. Tengok orang lain, selamba je ke sana ke mari. Banyak kali juga tayar pancit sampai satu tahap saya trauma nak bawa orang. Ini suratan atau kebetulan? : .

Till then, tata...

7 comments:

MIRAEOna said...

heheh berape kali pancit??

Irnie said...

erk 100km/h tak laju lg..??

ahsfantasy24 said...

sgt ngeri klw bwak motor laju2,
then tayar bocr, smpai kt slekoh,
cam nk tcabot tyar..huk3~

Lia3003 said...

miraeone: dalam picture ni sekali je

irnie: hm, mmg laju.. tp jarang lah bawa macam tu, 80km/h pun dah macam nak terbang

ashfantasy: hm, kalau tyar pancit memang bahaya..

NICK IRFAN said...

sian mcm mne boleh pncit tu???

nabilah_2908 said...

agaknya...motor tu tak bagi ada penumpang lain kot..sbb tu asik pancit je.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
SAMAN OH SAMAN

Lia3003 said...

nick irfan: langgar paku kot

nabilah: ehehe, no komen