Sunday, December 19, 2010

Malam Jumaat

Setiap malam jumaat, apa program?? Selalunya, setiap malam Jumaat orang-orang islam akan membaca Yassin. Itu sudah menjadi rutin bahkan di asrama masa zaman sekolah dulu pun, mesti baca Yassin.

Lagi apa yang ada di malam Jumaat?? Yang ini dari kecik sampailah besar tak pernah hilang. Manusia sering dimomokkan dengan hantu-hantu di malam Jumaat. Bila main nyorok-nyorok masa mesti orang cakap "Jangan main, hari ni malam Jumaat". Dengar je benda tu, terus tak jadi main.

Ohye, teringat dulu masa saya kecil2 pergi belajar mengaji di rumah orang. Cuti ngaji adalah di malam Jumaat. Mengapakah?? Tak faham saya. Bila tanya kenapa, jawapan yang diberikan adalah "malam Jumaat".

Dulu, bila saya dengar je malam Jumaat memang takut. Tak tahu kenapa. Yang aku tahu, ada hantu. Segala macam hantu lah. Hantu galah, hantu air, hantu apa-apalah. Budak kecik, mana ada yang berani bila cakap pasal hantu. Saya pun sama.. penakut.


Sekarang, apa yang ada di malam Jumaat??? Uols rasa apa? Ya, betul.. Kat TV3 akan disajikan dengan hidangan yang lazat iaitu cerita hantu. Lupa nama slot tu. Slot Keliwoon?? Whatever..


But my father cakap, "TV3 sedang menyesatkan manusia dengan cerita-cerita tersebut". Bila difikirkan, memang betul apa yang ayah cakap. Uols tak rasa ke cerita hantu kat TV3 tu makin merepek?? Serius, aku tak pernah tengok. Kenapa? Mungkin aku berhati kecil. Penakut!

Uols rasa cerita macam ni boleh menyesatkan orang Islam tak?

. : Terfikir juga, siapalah yang bertanggungjawab menyebarkan dakyah menyatakan malam Jumaat berhantu. Memang bagus penangannya sampai hari ini : .

Till then, tata...

5 comments:

MuhD NoR AzyM said...

Boleh jugak menyesatkan. Terutamanya kanak2. Sepatutnya, malam Jumaat ni adalah malam yang penuh dengan barakah. Ye lah..hari Jumaatkan penghulu segala hari.

Jadi seeloknya, malam Jumaat lebih afdhal buat ibadah drp tgk cerita2 mengarut kat TV3 tu..

Fahim 'n Alin said...

aku x penah tgk pong..

tapi bahaye kalau cite cmni bdk2 tgk

Lia3003 said...

muhd Azym: yup, betol3

fahim alin: saya pun x pernah tengok

hans said...

yups
kalau terlalu taksub boleh menyesatkan
den xminat sangat sebab dah berlambak2 pula drama hantu sekarang
dulu2 teruja juga lah nak tgok

P/S : Misteri Danella : "Danella Cakap Dengan Siapa?"

Lia3003 said...

hans: kalau macam cite ngankung tu boleh terima lagi..