Sunday, November 28, 2010

Movie Review : Ngangkung


This movie aku tonton semasa hari pertama tayangan. Penuh panggung. Cerita belum start dah ada suara-suara sumbang ketawa terbahak-bahak. Aku pun tak tau apa yang dorang gelakkan, baru je iklan, belum ceritanya lagi. Kesimpulan yang dapat aku buat, mereka tu meroyan. Oh! Sangat kejam ayat aku.

Cerita ini mengenai 3 sahabat yang bermain nombor ekor dan untuk mendapatkan nombor-nombor tersebut, mereka pergi berjumpa bomoh. Bermacam-macam bomoh mereka jumpa. Tapi satu bomoh pun tak boleh pakai.


One day, Saheizy Sam (lupa nama dia dalam ni apa) pergi ke Kelantan and terjumpa lah sorang bomoh ni secara tidak sengaja. Selepas berjumpa dengan bomoh tersebut, nombor yang diberi mengena.. Jadi selepas mengena, perangai dia terus berubah.

Itu baru lakonan Saheizy Sam, belum lagi tengok lakonan Tasnim (nama dalam cerita) dengan Angah Raja Lawak. Diorang sangat sempoi. Lawak yang dorang buat tu, semua menjadi. Memang sangat-sangat best.

Cuma yang paling aku kurang minat watak Mazlan Pet Pet dengan Azli Senario. Umum sudah tau dorang ni pelawak. Tapi, aku dah jemu dengan lawak-lawak mereka.


Mazlan ni, dalam setiap cerita bila ada watak dia mesti nak menjerit-jerit. Sikit-sikit menjerit. Cakap biasa-biasa sudah. Menyampah weiiii... Kalau tak menjerit-jerit aku boleh terima. Aku tau dia nak buat lawak, tapi tak payah dengan cara menjerit-jerit begitu.. Senak telinga nak dengar. Huh!


Then, si Azlee pulak. Aduiii... Tak tau nak cakap macam mana. Menjerit-jerit jugak. Then buat memek muka yang aku geli nak tengok. Julingkan mata lah, naikkan kening lah. Serius tak lawak. Dorang ni dah ketandusan idea lawak ke sampai buat lawak dengan cara macam tu. Sangat annoy!


By the way, i think yang membuatkan cerita ni menarik adalah kerana hantu tersebut. Siapa hantu tu ya?? Kenapa identiti sebenar pelakon itu tidak didedahkan. Watak hantu tu lah yang membuatkan cerita tu menarik selain 3 sahabat yang sengal tersebut. Hantu tu sangat2 lawak, buat muka comel masa kena piat telinga. Muka ganas, tapi gatal.


Jadi sebagai juri tak professional, aku beri markah 4.98 dari 5 bintang. Kenapa? Sebab, at the end watak hantu tergantung. Setakat tunjuk si hantu frust tak memenuhi kehendak penonton. Maka, aku simpulkan.. watak hantu tu tergantung. Tak best! Buatlah ending, hantu tu serang bomoh-bomoh ke, tak pun dia bunuh diri. Ok, fine.. Aku bukan pengarah untuk mengatakan sedemikian.

Di saat n3 ini diterbitkan, baru hari ke 4 tayangan. Maka, masih sempat lagi untuk korang pecahkan panggung. Bawak anak bini, suami isteri, atok nenek, cucu cicit dan kaum kerabat uols..

Till then, tata...

21 comments:

Fahim 'n Alin said...

mesti tgk ni!

Lia3003 said...

mesti, wajib!

Seri said...

tak pandang dah iklan filem lain kat pawagam

Lia3003 said...

seri: wah, betol3.. syok!

Aujinz said...

sangat best..
nak nak masa diorang baru balik jumpa bomoh Mazlan..

masa Angah nak kencing..
lawak dia punya dialog..

black_mel said...

x suka jgk lawak2 senario..bulat2 mata,air liur meleleh..jerit2....

Lia3003 said...

Aujinz: masa dia nak kencing memang lawak, memang menjadi sangat2 lah..

black mel: u pun sama dengan i, benci lawak dorang, overrr

::aMaD:: said...

woah..membe ade ajak tgk.tak sabaq neh! cam best!!

Lia3003 said...

cepat2, g tengok,,,

Ronald mohoni said...

Salam,
Komen Nal.... hahahahaha...
Lawak...

Johari Hamzah said...

huhu.. kena pergi tgk nie.. tpi exam tak habes lagi la.

p/s: Dah Pernah Guna Window Live Writer?

ahsfantasy24 said...

hehe..
trend mazlan xley blah..hehe

shila said...

dh tengok dh cite ni..yup watak hantu tu yg jadi penyeri cite kan...

rafie said...

best ke? ke lawak bodoh je?

Lia3003 said...

ronald: wah, ingat omputeh tadi, tapi ckp melayu. hehe

johari: best..

ashfantasy: dia over acting

shila: betul3, sokong sangat2

rafie: best, xde lawak bodoh macam dalam senario.. tak menyesal lah

chentaMAYA said...

org ckp xbesh la ngnkong~

Lia3003 said...

yeke.. 1 dalam 10 je kot.. hihi

oya said...

wow..byk gak markah kamu bagi..ending x best ya..adeh

Lia3003 said...

oya: a'ah, kurang best lah.. banyak ke? kira kedekut lah tu.. hehe

ecahmiaishika said...

x sabar gak nak tgok~~tp tgu member~~Huk..nak tengok

Lia3003 said...

cepat2, sebelum terlambat.. =)